Share |

Parenting Stress in Childhood Leukaemia

Original article

Abstrak

Adalah lazim untuk seseorang ibubapa mengalami stres apabila menjalankan peranan sebagai seorang ibu/bapa (Hoekstra-Weebers et al. 1998). Terdapat pelbagai punca stres dan stres in bergantung juga kepada fasa rawatan dan peringkat kemoterapi (Sawyer et al. 2000). Jika stres ini tidak ditangani dengan elok, maka ianya dapat mendatang kesan terhadap aspek emosi dan sosial seseorang kanak-kanak dalam menerima diagnosa kanser selain daripada penerimaan rawatan yang diberi (Sawyer et al. 1993). Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap stres dikalangan ibubapa, faktor-faktor risiko yang berkaitan dengan tahap stres yang tinggi, disamping jenis mekanisme yang digunakan oleh ibubapa untuk menangani stres tersebut. Seramai 117 ibu/bapa terlibat didalam kajian keratan lintang ini yang telah dijalankan di Unit Pediatrik Hematologi/Onkologi di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dalam jangkamasa dua tahun. Ibu/bapa kepada pesakit yang berusia 12 tahun ke bawah telah diminta menjawab dua jenis borang soal selidik, iaitu Parenting Stress Index/Short Form (PSI/SF) dan Coping Inventory for Stressful Situation (CISS). Keputusan menunjukkan bahawa purata jumlah skor PSI untuk tahap stres dikalangan ibu/bapa ini ialah 91.5±21.1(95% CI). Sejumlah 27.3% daripada golongan ibu/bapa mencatat tahap jumlah skor PSI yang tinggi (definisi ialah jumlah skor PSI ≥103, iaitu ≥≥julat ke-75). Majoriti daripada ibu/bapa menggunakan mekanisme 'task-oriented' untuk menangani stres yang dialami. Berdasarkan analisa multiple logistic regression, mekanisme emotion-oriented merupakan satu-satunya faktor risiko yang signifikan bagi tahap jumlah skor PSI yang tinggi. Seseorang ibu/bapa yang menggunakan mekanisme 'emotion-oriented' adalah 7.1 kali ganda lebih (julat konfidens 95%: 1.2 hingga 41.4) berkemungkinan untuk mencatat jumlah skor PSI yang tinggi jika dibandingkan dengan mereka yang menggunakan mekanisme yang lain. Dengan mengenalpasti golongan ibubapa yang berisiko tinggi ini, kaunseling dan sokongan psikologi akan dapat diberikan lebih awal supaya tahap stres mereka akan dapat ditangani dengan lebih efektif.

Abstract

Parenting stress is the stress level experienced within the role of a parent (Hoekstra-Weebers et al. 1998). The source of stressors is variable and dependent on the phase of disease and chemotherapy (Sawyer et al. 2000). Failure to cope with these stressors may in turn affect the child’s emotional and social adjustment towards the diagnosis of cancer in addition to poor medical treatment adherence behaviour (Sawyer et al. 1993). The objectives of this study are to determine the level of parenting stress, the risk factors contributing to high parenting stress, and the coping mechanisms used to handle the stress. This single centred, cross-sectional study was done amongst 117 parents at the Paediatric Haematology and Oncology Unit, Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Centre (UKMMC) over two years duration. Self-administered questionnaires comprising the Parenting Stress Index/Short Form (PSI/SF) and Coping Inventory for Stressful Situation (CISS) were distributed to parents of children who were 12 years old and below. The mean total parenting stress score amongst parents of children diagnosed with acute leukaemia was 91.5±21.1(95% CI). A total of 27.3% of parents experienced a high total parenting stress score (defined as total PSI score ≥ 75th centile, ie ≥ 103). Task-oriented coping mechanism was used by the majority of parents. Emotion-oriented coping mechanism was the only identifiable risk factor for high parenting stress score following multiple logistic regression analysis. A parent who used emotion-oriented coping mechanism was 7.1 times (95% Confidence Interval 1.2 to 41.4) more likely to have a high parenting stress score compared to a parent who used other coping mechanisms. By identifying these at-risk parents, appropriate counselling and psychological support may be offered early to alleviate the stress as well as assist in the coping and adjustment mechanisms of these parents.