Share |

Parenting Stress among Malaysian Parents of Children with Autism Spectrum Disorder (ASD)

Original article

Abstrak

Kecelaruan spektrum Autisme (ASD) merupakan satu jenis ketidakseimbangan perkembangan neuro kanak-kanak yang dikaitkan dengan kecacatan kognitif dan bahasa. Penyelidikan sebelum ini mendapati bahawa kanak-kanak yang mempunyai ketidakseimbangan perkembangan meningkatkan tahap tekanan ibu bapa. Namun, ibu bapa yang mempunyai anak ASD mengalami tahap tekanan yang lebih tinggi berbanding ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak ketidakseimbangan perkembangan yang lain. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji perbezaan tahap tekanan antara ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak ASD dan ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak perkembangan tipikal (TD) yang dikategorikan dalam kumpulan kontrol. Parenting Stress Index, terbitan ketiga digunakan untuk menilai tahap tekanan dalam kalangan 30 ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak ASD dan 36 ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak TD. Sampel ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak autisme dikumpul dari Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Hospital Tangkak, dan Pusat Autisme (NASOM) di Muar dan Segamat. Ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak ASD mempunyai tahap tekanan yang signifikan lebih tinggi berbanding ibu bapa mempunyai kanak-kanak TD (p<0.001). Ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak lelaki ASD mempunyai tahap tekanan yang signifikan lebih tinggi berbanding ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak lelaki TD (p<0.001). Ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak perempuan ASD mempunyai tahap tekanan yang signifikan lebih tinggi berbanding ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak perempuan TD (p<0.001). Intervensi terhadap kanak-kanak ASD tidak seharusnya mementingkan pengurangan simptom-simptom utama sahaja tetapi juga harus memberi perhatian terhadap kesihatan mental keluarga.

Abstract

Autism  Spectrum  Disorder  (ASD)  is  a  neurodevelopmental  childhood  disorder associated  with  cognitive  and  language  impairments.  Previous  research  found that  children  with  developmental  disorders  increase  parenting  stress  but  parents of children with ASD, specifically have recorded higher parenting stress than any other  developmental  disabilities.  Hence,  this  study  investigates  the  difference  in parenting stress levels among parents of children with ASD compared to a typical development (TD) control group. Parenting Stress Index, 3rd Edition Short Form was used to assess the parenting stress levels of 30 parents of children with ASD and 36 parents of TD children. Parents of children with ASD were sampled at Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Centre (UKMMC), Tangkak Hospital and National Autism  Society  of  Malaysia  (NASOM)  in  Muar  and  Segamat.  Parents  of  children with ASD recorded significantly higher levels of parenting stress compared to the TD group (p<0.001). Parents of male children of ASD recorded significantly higher levels  of  parenting  stress  compared  to  the  parents  of  male  children  of  TD  group (p<0.001). Parents of female children of ASD also recorded significantly higher levels of parenting stress compared to parents of female children of TD group (p<0.001). Intervention towards ASD children should not only focus on minimizing the core symptoms but should also pay attention to the family’s mental health as well.