Share |

Outcome of Early Cardiopulmonary Resuscitation in Out-of-Hospital Cardiac Arrest Managed in Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Centre

Original article

Abstrak

Mangsa serangan jantung di luar hospital (OHCA) memerlukan bantuan bantu mula jantung (CPR) dan defibrilasi dengan segera sebelum ketibaan di Jabatan Kecemasan. Tindakan bantu mula CPR ini boleh meningkatkan peluang untuk terus hidup daripada serangan jantung secara tiba-tiba. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi hasil dari tindakan untuk melakukan CPR kepada mangsa OHCA di Jabatan Kecemasan, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). Objektif kedua adalah untuk menentukan jumlah CPR yang dimulakan oleh orang ramai sebelum ambulans tiba. Kajian rentas ini adalah selama satu tahun. Pesakit OHCA telah dikenal pasti dari buku log CPR. Rekod perubatan pesakit telah digunakan untuk mendapatkan butir-butir bantuan kecemasan yang dilakukan. Faktor-faktor yang dicatatkan termasuk: sebab pengsan, permulaan CPR di tempat kejadian, penggunaan defibrillator automatik (AED), jenis pengangkutan dan kejadian pulangan peredaran darah secara spontan (ROSC). Data dianalisis secara kategori menggunakan ujian chi-square dan Fisher. Sembilan pesakit daripada 98 menerima CPR dari tempat kejadian. Tiga pesakit mencapai ROSC. Faktor jantina mempunyai kaitan yang ketara dengan ROSC (p = 0.015). Lebih ramai pesakit yang menerima bantuan awal CPR mencapai ROSC berbanding dengan mereka yang lewat menerima CPR. Kadar bantuan awal CPR dan penggunaan AED oleh orang ramai masih rendah. Jantina perempuan mempunyai pengaruh yang positif ke atas ROSC. Usaha-usaha diperlukan untuk meningkatkan kesedaran dan penglibatan orang awam untuk memulakan bantuan awal CPR sebelum ketibaan perkhidmatan ambulans.

Abstract

Out-of-hospital cardiac arrest (OHCA) patients require immediate cardiopulmonary resuscitation (CPR). Early initiation of CPR and defibrillation before arrival at Emergency Department (ED) increases the chance of survival from sudden cardiac arrest. The main objective of this study was to identify the factors that influenced the outcome of early cardiopulmonary resuscitation (CPR) in out-of-hospital cardiac arrest (OHCA) patients managed at the ED of Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Centre (UKMMC). The second objective was to determine the incidence of CPR initiated by the public prior to ambulance arrival. The present study was a one-year cross-sectional study. The OHCA patients were identified from the ED resuscitation logbook. Patients’ medical records were used to obtain details of the resuscitation. Factors recorded included: aetiology of arrest, initiation of on-scene CPR, use of automated external defibrillators (AEDs), mode of transportation and the incidence of return of spontaneous circulation (ROSC) in the ED. Categorical data was analysed using chi-square and Fisher exact tests. Nine patients out of 98 had early CPR. Three patients achieved ROSC. Gender was significantly associated with ROSC (p-value=0.015). More patients who received early CPR achieved ROSC compared to those who received late CPR. The provision of early CPR and usage of AEDs by the public is still low. Female gender had a positive influence on ROSC. Efforts are required to increase the awareness and involvement of the public in initiating early CPR prior to the arrival of ambulance service.