Share |

Online Health Information Seeking among People with Diabetes Mellitus and Its Association with Self-Management

Original article

Abstrak

Penyakit diabetes memerlukan pengurusan kendiri yang berdedikasi untuk mencapai kawalan dan hasil rawatan yang baik kerana ini adalah penyakit seumur hidup. Internet menawarkan maklumat kesihatan dengan mudah dan ini mungkin mempengaruhi pengurusan kendiri penyakit diabetes. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kelaziman pencarian maklumat kesihatan di atas talian di  kalangan pesakit diabetes dan faktor-faktor yang berkaitan. Seramai 380 peserta telah menyertai kaji selidik ini. Soal selidik yang diguna adalah hasil daripada sorotan kajian dan tinjauan ahli panel. Pengurusan kendiri diabetes dinilai dengan menggunakan soal selidik yang sedia ada iaitu DSMQ. Kajian ini mendapati bahawa kekerapan pencarian maklumat berkenaan dengan diabetes di atas talian adalah sebanyak 38.4%. Maklumat yang biasa yang dicari adalah maklumat mengenai rawatan diabetes (82.9%) pengubahsuaian gaya hidup (77.4%) dan cara pencegahan diabetes (67.3%). Sebilangan besar (93.1%) merasakan bahawa maklumat tentang diabetes yang terdapat di atas talian adalah berguna. Doktor dan bahan bacaan bercetak adalah sumber maklumat yang paling kerap diperolehi oleh pesakit diabetes (94.2% & 65.3%). Pesakit yang lebih muda (kurang dari 59 tahun, IQR = 11), mempunyai ahli keluarga yang menghidap penyakit diabetes (COR = 1.188), berpelajaran tahap universiti (COR = 6.037) dan mereka yang bekerja (COR = 3.880) adalah lebih cenderung untuk mendapatkan maklumat berkenaan penyakit diabetes di atas talian. Walau bagaimanapun, tiada persefahaman penting antara pencarian maklumat kesihatan atas talian dengan pengurusan kendiri diabetes. Kajian ini mendapati bahawa, kekerapan pencarian maklumat kesihatan di atas talian di kalangan orang yang menghidap kencing manis adalah agak baik tetapi ini tidak berkait dengan pengurusan kendiri diabetes yang optimum. Doktor dan maklumat bercetak masih merupakan sumber maklumat yang popular dan perlu dikekalkan.

Abstract

Diabetes requires dedicated self-management to be able to achieve good control and outcome as this is a lifelong condition. The internet offers an amazing wealth of health information which may influence diabetes self-management. The aim of this study was to determine the prevalence of online health information seeking among people with diabetes and its associated factors. About 380 participants answered the online health information seeking questionnaire developed from literature search and expert panel review. Diabetes Self-Management was assessed using the Diabetes Self-Management Questionnaire (DSMQ). The prevalence of online health information seeking among people with diabetes was 38.4%. Common information sought included diabetes treatment (82.9%) lifestyle modification

(77.4%) and diabetes prevention (67.3%). A large majority (93.1%) felt that the online information on diabetes was useful. Doctors and printed reading materials were the most common sources of information for diabetes (94.2% & 65.3%). Lower median age (59 years, IQR = 11), having a family member with diabetes, (COR = 1.188) tertiary education (COR = 6.037) and those who are employed (COR = 3.880) have higher odds of seeking online diabetes related health information. However, there was no significant association between online health information seeking and diabetes self-management. Prevalence of online health information seeking among people with diabetes was at an acceptable level. However, it was not associated with optimal diabetic self-management. Doctors and printed information remain as popular sources of information and hence should be maintained.