Share |

Obstructive Sleep Apnea and Its Association with Sleep Quality, Daytime Sleepiness, Depression and Attention Span

Original article

Abstrak

Apnea tidur obstruktif (OSA) mempunyai banyak kesan fizikal dan psikososial kepada seseorang individu. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji kualiti tidur, tahap mengantuk pada waktu siang, kemurungan dan jangka masa perhatian pada pesakit yang mempunyai OSA. Ini adalah kajian keratan rentas dalam kalangan pesakit yang baru didiagnosis menghidap OSA di sebuah hospital di Malaysia. Data sosiodemografi dan klinikal, "Epworth Sleepiness Scale", "Pittsburgh Sleep Quality Index", "Patient Health Questionnaire" dan "Comprehensive Trail Making Test" digunakan sebagai instrumen. Hasil kajian dianalisis dan dipersembahkan menggunakan pengujian Chi-Square, One-Way ANOVA dan "Independent-Sample T-test". Sebilangan besar responden menunjukkan kualiti tidur yang buruk dan jangka masa perhatian yang rendah. Kira-kira separuh daripada responden mempunyai rasa mengantuk yang berlebihan pada waktu siang. Terdapat hubungan yang signifikan di antara kualiti tidur dan tahap mengantuk pada waktu siang (nilai-p=0.051), tahap mengantuk pada waktu siang dengan kemurungan (nilai-p=0.049) dan keterukan OSA dengan kemurungan (nilai-p=0.026). Mengantuk pada waktu siang dikaitkan dengan status bekerja (nilai-p=0.009) dan status memandu (nilai-p=0.033). Kesimpulannya, kebanyakan pesakit OSA mempunyai kualiti tidur yang buruk, mengantuk pada waktu siang yang berlebihan dan tumpuan yang terganggu. Oleh itu, OSA harus didiagnosis dan dirawat lebih awal, terutama pada pesakit yang masih bekerja dan aktif memandu.

Abstract

Obstructive sleep apnoea (OSA) has multiple physical and psychosocial effects on individuals. Therefore, this study aims to determine the sleep quality, daytime sleepiness, depression and attention span in patients with OSA. This was a cross-sectional study among patients who were recently diagnosed with OSA in a Malaysian hospital. The socio-demographic and clinical data, Epworth Sleepiness Scale, Pittsburgh Sleep Quality Index, Patients Health Questionnaire and Comprehensive Trail Making Test were used as instruments. Findings were analysed and presented using Chi-Square, One-Way ANOVA and Independent-Sample T-test statistical analyses. Most of the respondents presented with poor sleep quality and impaired attention span. Approximately, half of the respondents had excessive daytime sleepiness. There were significant associations between sleep quality and daytime sleepiness (p-value=0.051), daytime sleepiness with depression (p-value=0.049) and severity of OSA with depression (p-value=0.026). Daytime sleepiness was significantly associated with working status (p-value=0.009) and driving status (p-value=0.033). In conclusion, most patients with OSA had poor sleep quality, excessive daytime sleepiness, and impaired attention span. Hence, OSA should be diagnosed and treated early, particularly in patients who are still working and actively driving.