Share |

Neuroleptic Malignant Syndrome in an Elderly Patient with Bipolar Disorder

Case report

Abstrak

Neuroleptic malignant syndrome (NMS) atau sindrom neuroleptik malignan  adalah sindrom perubatan yang diketahui umum boleh menyebabkan komplikasi kematian dalam kalangan para pesakit yang mengambil ubat-ubatan antipsikotik. Golongan pesakit warga emas dengan pelbagai faktor risiko adalah yang paling terdedah kepada bahaya sindrom ini. Kami membentangkan kes kajian, seorang lelaki yang berumur 80 tahun yang mengalami penyakit kecelaruan dwi-kutub dan sedang dirawat dengan ubat-ubatan sodium valproate ‘extended-release’, aripiprazole dan suntikan palliparidone yang bertindak secara lama. Beliau disahkan mengalami NMS, dicirikan dengan kekejangan otot menyeluruh, demam, tekanan darah yang turun naik dan kenaikan paras 'creatinine kinase' semasa beliau dimasukkan ke hospital disebabkan oleh episod mania. Faktor penyumbang termasuklah umur yang semakin meningkat, masalah disfungsi Parkinonism jenis vaskular, ketidakseimbangan elektrolit, jangkitan pada paru-paru dengan diperparahkan dengan penyakit obstruktif pulmonari yang kronik, delirium hiperaktif dan penggunaan antipsikotik tipikal secara parenteral. Penggunaan antipsikotik diberhentikan sementara waktu dan pesakit dirawat dengan dantrolene, bromocriptine dan amantadine. Gejala yang dialami beliau beransur baik selepas seminggu. Seterusnya, beliau menjadi semakin sihat dengan rawatan sodium valproate ‘extended-release’. Beberapa petunjuk klinikal dibincangkan. Kewaspadaan klinikal, kerjasama inter-disiplinari yang rapat dan intervensi segera adalah kunci kejayaan rawatan NMS dalam kalangan pesakit warga emas. 

Abstract

Neuroleptic malignant syndrome (NMS) is a well-known and potentially fatal complication of antipsychotic use. The elderly population, with multiple risk factors, are more vulnerable to this condition. We described a case of an 80-year-old man with bipolar disorder, previously on oral extended-release sodium valproate, aripiprazole and long-acting injectable paliperidone, who developed NMS. He presented with generalised muscle rigidity, fever, fluctuating blood pressure and elevated creatinine kinase during his hospitalisation for a manic episode. Contributing factors included old age, underlying vascular Parkinsonism, electrolyte imbalance, intercurrent lung infection with acute exacerbation of chronic obstructive pulmonary disease, hyperactive delirium, and repeated administration of parenteral typical antipsychotic. Antipsychotics were withheld promptly, and the patient was treated with dantrolene, bromocriptine and amantadine. His symptoms resolved after a week. He subsequently remained well with oral extended-release sodium valproate alone. Relevant clinical points are discussed. Clinical vigilance, close interdisciplinary cooperation, and prompt interventions are keys to successful to management of NMS in elderly patients.