Share |

Necrotizing Fasciitis of the Eyelid Secondary to Pseudomonas aeruginosa Infection

Case report

Abstrak

Seorang lelaki berumur 65 tahun dengan sejarah implan orbit sekunder mata kanan untuk soket ‘anophthalmia’ dengan sindrom soket pasca-enukleasi dan tiada sejarah masalah kesihatan telah mengalami bengkak pada kelopak mata kiri dan kemerahan selama 5 hari. Masalah tersebut semakin teruk dan turut mengalami kesakitan. Pemeriksaan mata menunjukkan visual akuiti mata kiri ialah 6/12. Kelopak mata bawah kiri turut bengkak, sakit apabila disentuh dan kemerahan, serta keluarnya cecair lendir pada mata kiri. Pada bahagian tengah kelopak atas mata kiri, didapati kulit mengalami hakisan, ulser dan di selubungi tisu nekrosis. Pemeriksaan funduskopi dan pemeriksaan sistemik yang lain adalah normal. Pesakit menjalani prosedur pembedahan untuk mencuci dan mengeluarkan tisu kulit yang rosak serta tompok nekrosis. Kultur nanah menunjukkan ‘Pseudomonas aeruginosa’. Antibiotik intravena diberikan mengikut sensitiviti mikroorganisma. Ujian darah menunjukkan ‘neutropenia’ dan siasatan lanjut tidak menunjukkan sebarang bukti jangkitan kuman, keradangan atau tanda-tanda kanser sel darah. Walau bagaimanapun, pesakit tidak memberi keizinan untuk ujian aspirasi sum-sum tulang dan biopsi ‘trephine’. Selepas 10 hari di wad, keadaan pesakit bertambah baik. Semasa rawatan susulan di klinik, keadaan mata menunjukkan resolusi sepenuhnya serta tiada relaps. Rawatan segera serta prosedur pembedahan untuk penyingkiran tisu kulit yang mati dan rosak pada luka dan antibiotik intravena adalah mandatori dalam kes ‘necrotising fasciitis’ kelopak mata.

Abstract

A 65-year-old male with a history of right-eye secondary orbital implant for anophthalmia socket with post-enucleation socket syndrome and no comorbidities presented a 5-day history of left eyelid redness and swelling. Progressive exacerbation ensued, accompanied by pain. On examination, the visual acuity of the left eye measured 6/12. Manifestations included a swollen, tender, erythematous lower lid and purulent ocular discharge. Notably, the middle third of the left lower lid displayed erosions and ulcerations with an overlay of necrotic tissue. Systemic and funduscopic examinations yielded unremarkable findings. The intervention involved debridement, wound desloughing and excision of the necrotic patch. Subsequent culture of purulent discharge revealed the presence of Pseudomonas aeruginosa. Intravenous antibiotics were administered according to microorganism sensitivity. Hematological investigations unveiled neutropenia, while subsequent comprehensive assessments excluded evidence of infectious, inflammatory, or hematological malignancies. Regrettably, the patient declined both bone marrow aspiration and trephine biopsy. After a 10-day inpatient observation, symptoms demonstrated marked improvement. Subsequent clinical follow-ups indicated complete symptom resolution without relapse. Urgent intervention comprising wound debridement and intravenous antibiotic therapy stands as imperative in necrotising fasciitis of the eyelid.