Share |

MRSA Infection in Vascular Surgical Patients: The HKL Experience

Original article

Abstrak

Jangkitan Methicillin-resistant Staphylococcus aureus (MRSA) kerap berlaku di kalang­an pesakit yang menjalani pembedahan vaskular. Ianya boleh mengakibatkan kehilang­an anggota atau kematian. Kami melaksanakan analisa retrospektif terhadap nota pesakit pembedahan vaskular di Hospital Kuala Lumpur untuk tempoh 2 tahun mulai Januari 2005 hingga Disember 2007. Ianya bertujuan mengamati corak jangkitan dan faktor-faktor yang mengakibatkan jangkitan ini. Seramai 999 pesakit menjalani pembedahan vaskular dalam rangkuman jangkamasa kajian ini. Dari jumlah ini, sera­mai 24 pesakit (2.4%) dikesan terjangkit oleh MRSA. Jangkitan ini didapati terjurus kepada pesakit yang merokok, pesakit diabetes melitus dan mereka yang terdahu­lunya pernah menjalani pembedahan vaskular. Kebanyakan jangkitan bercorak ke­musnahan terhadap luka pembedahan dan berlaku dalam kategori pembedahan ke­cemasan. Sebanyak 54% dari kes jangkitan berakhir dengan kehilangan anggota atau pengeluaran graf vaskular atau kematian. Jangkitan MRSA mengakibatkan kesan klinikal yang buruk terhadap pesakit yang menjalani pembedahan vaskular. Langkah pencegahan yang intensif diperlukan bagi mengelakkan kesan buruk yang tidak di­ingini ini.

Abstract

Methicillin-resistant Staphylococcus aureus (MRSA) infection is important among vas­cular surgical patients. Its effect can be devastating resulting in limb amputation and mortality. We performed a retrospective patients record analysis to determine the pat­tern of MRSA infection among vascular surgical patients in Hospital Kuala Lumpur from January 2005 to December 2007. We also attempted to identify the factors asso­ciated with poor clinical outcome after such infection. There were 999 patients who underwent vascular surgeries in HKL within the analysis period. Of these 24 patients (2.4%) were detected to have MRSA surgical site infection. The infection was commoner among cigarette smokers, patients with diabetes melitus and those who had previous vascular surgery. Most infections occurred in the emergency surgery category and manifested as wound breakdown. Fifty-four percent of the infected pa­tients ended with graft removal, amputations or death. MRSA infection complicating vascular surgery resulted in poor clinical outcome. This serious threat requires intensi­fied preventive measures.