Share |

Local Anaesthesia Systemic Toxicity (LAST) – A Stroke Mimicker

Case report

Author

Abstrak

Ketoksikan sistematik bius lokal (KSBL) adalah satu kejadian yang jarang berlaku tetapi boleh mengancam nyawa dan terjadi selepas suntikan blok pada saraf periferal. Kejadian ini mungkin berpunca dari pelbagai faktor termasuk pilihan ubat, teknik pemberian ubat atau faktor risiko pesakit sendiri. Kami melaporkan satu kes seorang wanita berusia 55 tahun yang menghidap pening kepala, percakapan telor dan lumpuh kesemua tangan dan kaki selepas beliau menerima suntikan campuran ubat lignocaine dan hidrokortison pada sendi di bahu kanan. Pemeriksaan neurologi menunjukkan ton otot lemah dan skala kekuatan otot kaki dan tangan 0/5. Kejadian-kejadian toksik ini mungkin disebabkan oleh suntikan yang tidak disengajakan ke dalam salur darah arteri atau lapisan dura pada saraf atau penyerapan ubat dari tisu berdekatan. Laporan kes ini menceritakan tentang suntikan ke dalam sendi bahu yang boleh menyebabkan KSBL yang mungkin tidak dikenalpasti kerana ia boleh menyerupai strok. 

Abstract

Local anaesthesia systemic toxicity (LAST) is an uncommon and a potentially life-threatening event that develops after peripheral nerve block. The cause may be multifactorial and may include the choice of drug, technique of block and individual patient risk factors. We report a case of a 55-year-old female who developed slurring of speech and quadriplegia after receiving a mixture of lignocaine and hydrocortisone through an intra-articular injection to the right shoulder. Neurological examination revealed hypotonia and absence of power (0/5) in all limbs. These toxic events may have resulted from an accidental intra-arterial or dural cuff injection of local anaesthesia or absorption from surrounding tissues. This case report demonstrated that an intra-articular injection in the shoulder may cause LAST and may be under-recognized as it can mimic stroke.