Share |

Initiating Activation in Diabetes Self-Management From Patients’ Perspective

Original article

Abstrak

Peranan pesakit secara aktif adalah penting dalam menguruskan penyakit kronik seperti diabetes. Bukti semasa menunjukkan pesakit yang aktif mempunyai hasil klinikal yang lebih baik. Beberapa faktor mempengaruhi pengaktifan pesakit telah dikenalpasti tetapi kurangnya pengetahuan tentang bagaimana pesakit berjaya mula mengambil peranan dalam menguruskan diabetes. Kajian ini bertujuan untuk meneroka bagaimana pesakit mula mengaktifkan diri dalam pengurusan kendiri diabetes. Siasatan naratif diambil sebagai pendekatan metodologi kualitatif. Sepuluh peserta yang menghidap diabetes jenis dua telah diambil secara persampelan bertujuan dari satu klinik penjagaan primer awam di Malaysia. Temu bual mendalam telah dijalankan dan direkodkan. Data dianalisis dengan analisis tematik. Tiga tema dan empat subtema telah dihasilkan. Tema pertama, “Mempelajari apa yang perlu dilakukan” menerangkan proses pembelajaran daripada rangkaian sosial dan profesional penjagaan kesihatan yang membantu dalam memahami peranan mereka. Tema kedua menyerlahkan bahawa pesakit menginginkan pendekatan secara beransur-ansur dalam memulakan pengaktifan, iaitu “Mengambil satu langkah pada satu masa”. Mereka bermula dengan satu tugasan kendiri yang lebih mudah dan memerlukan masa untuk mengambil peranan mereka. Tema ketiga menunjukkan bahawa apabila pesakit tidak dapat melaksanakan tugasan kendiri yang tertentu, mereka akan melibatkan orang lain untuk membantu: “Melibatkan diri dengan seseorang untuk tugasan yang mencabar”. Kesimpulannya, ilmu pengetahuan kendiri diabetes adalah penting dalam membangunkan ‘pengaktifan pesakit’, iaitu keupayaan pesakit untuk mengurus kendiri. Pelan pengurusan kendiri juga haruslah realistik dan sesuai dengan keadaan pesakit. Mempunyai rakan kongsi kesihatan atau rakan dalam kalangan ahli keluarga atau rakan sebaya dapat membantu apabila cuba mengamalkan tabiat pemakanan yang baik dan melakukan senaman yang kerap.

Abstract

Patients’ active role is crucial in managing chronic illnesses like type 2 diabetes. Current evidence demonstrated patients who were activated had better clinical outcomes. Some factors influencing patient activation have been identified but there is little knowledge on how patients successfully start to take their role in managing diabetes. This study aimed to explore how patients begin to activate themselves in self-management. The narrative inquiry was taken as the qualitative methodological approach. Ten participants with type 2 diabetes were purposively sampled from a public primary care clinic in Malaysia. In-depth interviews were conducted and recorded. The data were analysed with thematic analysis. Three themes and four subthemes were generated. The first theme, “Learning what to do” describes the learning process from social networks and healthcare professionals that helped to define their role. The second theme highlighted that patients wished for a gradual approach in initiating activation, i.e. “Taking one step at a time”. They started with a more straightforward self-management task and needed more time to take up their role. The third theme pointed out that when patients could not perform certain self-management tasks, they would engage with someone else to help: “Engaging with someone for challenging tasks.” In conclusion, diabetes self-management education is substantial in developing ‘patient activation,’ i.e. patient’s ability to self-manage. The self-management plan should also be realistic and suit patients’ circumstances. Having a health partner or buddy among family members or peers is helpful when trying to adopt good dietary habits and perform regular exercise.