Share |

Information Needs of Post Myocardial Infarction (MI) Patients: Nurse's Perception in Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Centre (UKMMC)

Original article

Abstrak

Pendidikan kesihatan merupakan suatu gabungan komponan utama di dalam jaga­rawatan pesakit serangan jantung. Pesakit selepas serangan jantung memerlukan in­formasi berkaitan dengan keadaan semasa mereka supaya dapat mengurangkan rasa gelisah dan membantu dalam proses penyembuhan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti persepsi jururawat terhadap keperluan informasi pesakit pos serangan jantung (myocardial infarction). Kajian rentas yang menggunakan ‘Cardiac Patient Learning Needs Inventory (CPLNI)’ diadaptasi dari Timmins and Kalizer (2002). CPLNI mengandungi tujuh categori: 1) berkaitan dengan anatomi and fisiologi, 2) faktor psi­kologi, 3) faktor cara hidup, 4) maklumat ubatan, 5) maklumat pemakanan, 6) aktiviti fizikal dan 7) pengurusan gejala. Kajian ini telah dijalankan di unit rawatan jantung ‘CCU’, wad pemulihan jantung ‘CRW’, wad perubatan 1 dan 2 daripada Januari 2007 ke Mac 2007. 56 responden (96%) yang memenuhi kriteria menyertai kajian ini. Hasil kajian melaporkan jururawat CCU dan CRW mengutamakan pengurusan gejala seba­gai yang pertama diikuti oleh maklumat ubatan, faktor cara hidup, anatomi and fisio­logi, maklumat pemakanan, aktiviti fizikal dan faktor psikologi. Manakala jururawat di­wad perubatan 1 and 2 mengutamakan maklumat ubatan sebagai tahap yang pertama diikuti oleh pengurusan gejala, faktor psikologi, maklumat pemakanan, aktiviti fizikal, anatomi and fisiologi dan faktor cara hidup. Terdapat perbezaan yang signifikan dian­tara persepsi jururawat di wad mereka berkaitan dengan anatomi and fisiologi, faktor psikologi, faktor cara hidup, aktiviti fizikal dan pengurusan gejala dengan nilai p<0.05. Kajian ini merumuskan bahawa keperluan informasi tidak serupa diantara jururawat CCU dan CRW dengan wad perubatan 1 dan 2. Jururawat CCU dan CRW menguta­makan pengurusan gejala manakala jururawat wad perubatan 1 dan 2 mengutamakan maklumat ubatan. Situasi ini perlu diperbaiki agar keperluan informasi pesakit selepas serangan jantung diubahsuai mengikut keperluan setiap individu dan keutamaan bera­saskan keperluan setiap pesakit.

Abstract

Patient education has been considered as an integral component of care for patient after myocardial infarction. Post myocardial infarction patients require information and knowledge related to their conditions to reduce anxiety and aid recovery. The objective of this study was to identify nurses’ perception on information needs of post MI patients of UKMMC. A cross sectional study using Cardiac Patient Learning Needs Inventory (CPLNI) adopted from Timmins and Kalizer (2002) was used. It comprises seven cate­gories: related to anatomy and physiology, psychological factor, life style factor, medi­cation information, dietary information, physical activity, and symptom management. This study was conducted in coronary care unit (CCU), coronary rehabilitation ward (CRW), medical ward 1 and medical ward 2 from January 2007 to March 2007. 56 res­pondents (96%) who fulfilled the inclusion criteria were recruited in this study. Results showed that CCU and CRW respondents ranked symptom management as their first ranking followed by medication, life style factor, anatomy and physiology, dietary in­formation, physical activity and psychological factor. However, respondents in Medical Ward 1 and 2 reported and ranked medication information as their top priorities fol­lowed by symptom management, psychological factors, dietary information, physical activity, anatomy and physiology and life style factor. There were significant differ­ences between ward nurses’ responses with their perception related to anatomy and physiology, psychology factor, life style factor, physical activity, and symptom man­agement with p value<0.05. This study concluded that the information needs are not always perceived in unison by nursing personnel as the CCU and CRW nurses ranked symptoms management as the cardinal factor whilst Medical Ward 1 and 2 nurses give paramount importance to medication. In order to improve this situation for post MI pa­tient, information need has to be tailored, individualized and prioritized based upon their needs.