Share |

Impact of Epiphora on Modified Ocular Surface Disease Index Questionnaire

Original article

Author

Abstrak

Epifora (pengeluaran air mata yang berlebihan) adalah gangguan okular utama, terutama di kalangan pesakit pertengahan umur dan yang telah berumur. Ia boleh berlaku disebabkan oleh kerosakan fungsi saluran lakrimal (saluran air mata). Tujuan kajian ini adalah untuk menilai kesan epifora dengan jalan penyelesaian yang baik terhadap pengairan lakrimal dengan menggunakan soal selidik Indeks Penyakit Permukaan Ocular (OSDI) yang telah diubah suai. Seramai 101 pesakit (53 lelaki/48 wanita) telah melibatkan diri di dalam kajian ini. Soal selidik OSDI yang diubahsuai mempunyai 11 item mengenai gejala okular yang mempengaruhi aktiviti harian. Hubungan antara skor soal selidik untuk setiap soalan dan gambaran klinikal merangkumi usia, jantina dan pembedahan katarak sebelumnya. Aktiviti yang paling terjejas menurut OSDI yang diubah adalah menonton televisyen, keadaan berangin dan cuaca sejuk (masing-masing dengan 3.36 + 0.82, 3.42 + 0.86 dan 3.40 + 0.88). Epifora dilihat mempunyai pengaruh yang signifikan secara statistik terhadap kehidupan seharian, kecuali berkaitan dengan hubungan interpersonal (p=0.493) dengan bertambahnya usia. Wanita didapati mengalami lebih banyak masalah mata (p=0.0001), semakin teruk semasa membaca (p=0.027), pada iklim panas/kering (p=0.0001) dan dipercayai epifora mempunyai kesan penting pada hubungan interpersonal dan kebahagiaan umum (p<0.0001). Pesakit pseudophakic juga menunjukkan peningkatan ketidakselesaan yang signifikan secara statistik dalam soalan kehidupan harian dalam 7 daripada 11 soalan (p<0.0001). Kajian ini menunjukkan kesan simptom berkaitan epifora subjektif terhadap OSDI yang telah diubahsuai. Soal selidik ini mudah dikendalikan dan cepat dilengkapkan sambil menunjukkan hasil yang serupa dengan yang dirancang khusus untuk epifora dengan penyumbatan nasolakrimal. Kami yakin hasil dapatan ini akan dapat membantu meningkatkan pengurusan terapi keseluruhan pesakit dengan epifora.

Abstract

Epiphora (excessive tear production) is a major ocular disturbance, especially among middle aged and older patients. It can be due to lacrimal drainage malfunction of any kind. The aim of this study was to evaluate the effects of epiphora with good passage on lacrimal irrigation on a modified Ocular Surface Disease Index (OSDI) questionnaire. A total of 101 patients (53 males/ 48 females) were included in the study. The modified OSDI questionnaire had 11 items concerning ocular symptoms that affects daily activities. The relationships between the questionnaire score for each question and the clinical features included age, gender and previous cataract surgery. The most affected activities according to modified OSDI were watching television, windy conditions and cold weather (average means of 3.36 + 0.82, 3.42 +±0.86 and 3.40 +±0.88, respectively). Epiphora was found to have a statistically significant effect on daily life, all except with regard to interpersonal relations (p=0.493) with increasing age. Women were found to be experiencing more eye grittiness (p=0.0001), getting more affected during reading (p=0.027), at hot/dry climates (p=0.0001) and believed epiphora has an important impact on interpersonal relations and general happiness (p<0.0001). Pseudophakic patients also showed statistically significant increase of discomfort in daily life questions in 7 of the 11 questions (p<0.0001). This study showed the subjective epiphora related symptoms impact on a modified OSDI. This questionnaire was easy to manage and quick to complete while showing similar results to those that were specifically designed for epiphora with nasolacrimal obstruction. We believe that the results could help to improve overall therapeutic management of patients with epiphora.