Share |

Homemade Remedies Causing Contact Dermatitis: Case Report on Two Patients with Acne

Case report

Abstrak

Produk semulajadi sering dirasakan selamat digunakan kerana ia dianggap suci dan bebas dari sebarang bahan kimia. Walaubagaimanapun, ramai yang tidak menyedari bahawa sebahagian daripada kandungan bahan semulajadi boleh mengakibatkan kesan negatif kepada kulit. Kulit kayu manis dan limau adalah di antara ramuan semulajadi yang kerap digunakan sebagai rawatan tradisional untuk mengubati jerawat. Kedua-dua bahan ini boleh menyebabkan keradangan apabila bersentuhan dengan kulit manusia. Tujuan utama artikel ini ialah untuk menekankan bahawa penggunaan bahan semulajadi tidak semestinya bebas dari sebarang kesan sampingan dan ia perlu diambil kira sebagai penyebab masalah kulit seseorang pesakit yang menggunakannya. Pengamal-pengamal perubatan perlu peka tentang kewujudan masalah ini dan harus menyoal pesakit tentang penggunaan rawatan-rawatan buatan sendiri, kerana pesakit kadang-kala tidak memberikan maklumat ini secara sukarela. Pengenalpastian bahan penyebab dan kaunseling amat penting agar pesakit tidak mengulangi penggunaan bahan tersebut bagi mengelakkan sebarang komplikasi di masa hadapan.

Kata kunci

Abstract

Natural products are often perceived as safe due to the absence of artificial or chemical materials in its content. However, many are unaware that some of these compounds, albeit natural in existence, can cause harm. Cinnamon and lemon are two commonly used home remedies for acne. Both these naturally existing ingredients are capable of producing dermatitis upon contact with the human skin. The aim of this article is to create awareness among physicians that natural remedies are not free from harm hence, should look out for any possible untoward reactions that these products may cause. Physicians need to explore the possible use of homemade remedies to treat common or minor ailments during history taking as this information may not be given voluntarily. Early identification of the offending agent, adequate management and future avoidance could help prevent further episodes of contact dermatitis and its complications.