Share |

Home Medication Management and Practices among Post-stroke Patients: A Cross-sectional Study in a University-based Primary Care Clinic in Malaysia

Original article

Abstrak

Amalan pengurusan ubat (MMP) yang bagus boleh membantu meningkatkan pematuhan terhadap pengurusan penyakit kronik serta mengurangkan kadar kesilapan pengubatan untuk mencapai hasil klinikal yang lebih baik. Ini adalah penting untuk pesakit strok yang mempunyai pelbagai komorbiditi dan komplikasi selepas strok. Kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap MMP di rumah di kalangan pesakit strok dan faktor-faktor yang mempengaruhinya. Kajian rentas ini melibatkan seramai 120 pesakit strok di sebuah klinik penjagaan primer di Kuala Lumpur di antara bulan Januari dan Mac 2021. Tahap MMP dinilai melalui beberapa soalan kaji selidik samada diisi secara bersemuka, secara atas talian atau temu bual telefon. Purata umur peserta ialah 65.1 (SD 11.7) tahun.  Kadar MMP di rumah yang tidak bagus adalah sebanyak 55.8%. Kebanyakan peserta (86.3%) tidak mengemas kini senarai ubat mereka, 75% tidak menghafal nama ubat dan 63.3% tidak memulangkan lebihan ubat ke farmasi. Jantina perempuan (AOR: 2.74, 95% CI: 1.18-6.35, p-value: 0.019), pendapatan isi rumah (> RM4850) (AOR: 2.82, 95% CI: 1.03-7.69, p-value: 0.043) dan bilangan temujanji klinik (>2) (AOR: 5.27, 95% CI: 1.44-19.24, p-value: 0.012) dikaitkan dengan kadar MMP di rumah yang bagus. Kesimpulannya, amalan pengurusan ubat di rumah di kalangan pesakit strok adalah rendah. Jantina perempuan, status sosioekonomi yang tinggi dan bilangan temu janji klinik yang banyak merupakan faktor kepada MMP di rumah yang baik. Pendidikan kesihatan secara bersepadu perlu dititikberatkan terutamanya berkaitan dengan pengurusan ubat-ubatan untuk menambah baik MMP di rumah dalam kalangan pesakit strok seterusnya meningkatkan tahap kesihatan mereka secara keseluruhan.

Abstract

Effective medication management practice (MMP) improves compliance of chronic conditions management and reduces medication error for better clinical outcomes. This is important for stroke survivors with multiple comorbidities and post-stroke complications. This study aimed to determine appropriateness of home MMP and its associated factors among post stroke patients. This was a cross-sectional, single-centre study involving 120 stroke patients of a primary care medical centre in Kuala Lumpur between January and March 2021. The assessment of MMP appropriateness relied on scores obtained through a set of questions administered via face-to-face, online or telephone interview. The mean age of participants was 65.1 (SD 11.7) years. 55.8% of participants had inappropriate home MMP; where the majority did not update their medication list (86.3%), did not memorise the medication’s name (75%), and did not return the leftover medication to the pharmacy (63.3%). Female gender (AOR: 2.74, 95% CI: 1.18-6.35, p-value: 0.019), household income (> RM4850) (AOR: 2.82, 95% CI: 1.03-7.69, p-value: 0.043), and number of clinic appointments (>2) (AOR: 5.27, 95% CI: 1.44-19.24, p-value: 0.012) were significantly correlated with better home MMP. The MMP among post-stroke patients was poor. Better home MMP were associated with female gender, higher socioeconomic status, and more frequent clinic appointments. Concerted health education should be provided, particularly focusing on medication management to improve home MMP in post-stroke patients and ultimately improving their overall health outcomes.