Share |

Flourescein Angiogram and Funduscopic Features of Radiation Induced Retinopathy: A Descriptive Value of Retinopathy Severity in Patients with Nasopharyngeal Carcinoma

Original article

Abstrak

Retinopati akibat dari radiasi (RR) ialah komplikasi yang sering berlaku kepada pesakit Nasopharyngeal Carcinoma (NPC). Kajian ini bertujuan untuk menentukan kaitan RR dengan dos radiasi yang diterima oleh pesakit NPC melalui pemeriksaan mata dan fundus fluorescein angiogram (FFA).  Suatu kajian rentas lintang telah dilakukan melibatkan pesakit NPC yang telah menerima rawatan radiasi di Klinik Onkologi, Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Centre (UKMMC). Sebanyak 82 mata dari 42 pesakit telah diperiksa dan prevalence RR didapati sebanyak 35.4%. Keterukan RR berkait rapat dengan dos radiasi kepada retina (Nilai Spearman correlation = 0.48, p<0.001). Antara ciri- ciri RR yang dilihat melalui pemeriksaan FFA ialah salur darah telangiectatic (26.2%) dan capillary non-perfusion (14.3%). Retinal neovascularization dilihat berlaku kepada 10.7% dari mata yang diperiksa. Keterukan penglihatan didapati berkait rapat dengan keterukan RR dengan 26% daripada mata tersebut mempunyai penglihatan 6/18 atau lebih teruk. Lebih dari satu pertiga pesakit mendapat RR, dengan maculopathy radiasi sebagai penyebab yang paling kerap dilihat sebagai penyebab kehilangan penglihatan yang signifikan. FFA ialah alat yang sangat berguna untuk mengesan tanda-tanda awal RR dan maculpathy.

Abstract

Radiation retinopathy (RR) is a known complication after radiotherapy for Nasopharyngeal Carcinoma (NPC). This study aims to relate the relationship of RR and radiation dose in patients with NPC through assessment with clinical funduscopy and fundus fluorescein angiogram (FFA). A cross sectional study was conducted on patients with NPC who had completed radiotherapy treatment in the Oncology Clinic, Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Centre (UKMMC). Eighty two eyes of 42 patients were examined and the prevalence of RR was found to be 35.4%. The severity of RR is strongly associated with the dose of radiation to the retina (Spearman correlation value=0.48; p<0.001). The common features of RR assessed by FFA were telangiectatic vessels (26.2%) and capillary non-perfusion (14.3%). Retinal neovasularization occurred in 10.7% of eyes. The level of visual deterioration correlated with the severity of RR with 26% of eyes experiencing a visual acuity of 6/18 or worse. More than one third of patients developed RR, with radiation maculopathy being the commonest cause for significant visual loss. FFA is a useful tool in detecting early signs of radiation retinopathy and maculopathy.