Share |

Female Sexual Dysfunction Among Malaysian Women in A Primary Care Setting: Does The Frequency of Sexual Activity Matter?

Original article

Abstrak

Tujuan penyelidikan ini ialah untuk mengkaji tahap fungsi seksual di kalangan kaum wanita Malaysia yang rendah serta tinggi kekerapan aktiviti seks mereka, di peringkat primer. Satu kajian irisan lintang yang melibatkan 230  wanita Malaysia di peringkat primer telah dijalankan di klinik Bandar Tun Razak, Cheras. Soalselidik Indeks Fungsi Seks Wanita (Female Sexual Function Index) yang telah divalidasi ke Bahasa Melayu telah digunakan untuk menilai profil fungsi seksual wanita yang aktiviti seksnya rendah serta tinggi.  Hampir setengah dari kaum wanita (44.3%) di dalam sampel kajian mengadakan hubungan seks  1 – 2 kali seminggu. Sementara hampir separuh daripada mereka (42.4%) mengadakan hubungan seks 1 – 2 kali sebulan atau kurang; dengan bilangan minoriti wanita (13.4%) mengadakan hubungan seks 3 – 4 kali seminggu.Wanita yang frekuensi seksnya rendah (SI Rendah) didapati megalami lebih banyak disfungsi seksual (χ²=28.98, p < 0.001) berbanding dengan golongan wanita yang suka melakukan hubungan seks (SI Tinggi). Golongan wanita yang tidak suka melakukan seks ( frekuensi hubungan seks iaitu ≤ 1 – 2 kali seminggu) didapati kurang terangsang dari segi seksual (χ²= 25.9, p< 0.001), kurang menikmati orgasme (χ²=19.8, p< 0.001), kurang mengeluarkan lendiran faraj sewaktu ghairah (χ²=11.1, p< 0.001), mengalami lebih kesakitan ketika melakukan seks (χ²=4.3, p = 0.033) dan mengalami kepuasan seks yang amat kurang (χ²=12.6, p< 0.001). Masalah disfungsi seksual di kalangan wanita amat memerlukan perhatian di peringkat penjagaan kesihatan primer. Penyelidik tidak pasti samada kekurangan seks atau masalah disfungsi seksual merupakan punca penyebab, tetapi hasil kajian ini amat penting untuk menggerakkan pakar perubatan melihat keperluan disfungsi seksual di kalangan wanita yang memerlukan bantuan.

Abstract

The aim of the study was tocompare sexual functioning among Malaysian women in a primary care setting between those with a low and high frequency sexual intercourse. Across-sectional study on 230 married Malaysian women in a primary-care setting was conducted at the Bandar Tun Razak Clinic, Cheras. A validated Malay version of Female Sexual Function Index questionnaire (MVFSFI) was used to assess the sexual functioning profiles among women with low and high sexual activity.  The percentage of women who had sexual intercourse 3-4 times a week, 1-2 times a week and < 1-2 times a month were 13.4%, 44.3 % and 42.4 % respectively. Women with a low frequency of sexual intercourse (Low SI) tended to suffer from more sexual dysfunction, (χ²=28.98, p < 0.001) compared to those with a high frequency of sexual intercourse (High SI) group.Women who were less sexually active (having low frequency intercourse, ie. ≤ 1 – 2 times per week) were found to be less sexually aroused (χ²= 25.9, p< 0.001), less orgasmic (χ²=19.8, p< 0.001), less lubricated during sexual activity (χ²=11.1, p< 0.001),complain of sexual pain (χ²=4.3, p = 0.033) and feels less satisfied sexually (χ²=12.6, p< 0.001).The problem of female sexual dysfunction (FSD) in the Malaysian primary care population with low sexual activity needs to be addressed.