Share |

Extensive Rectus Sheath Hematoma Secondary to Erroneous Technique of Anticoagulant Injection

Case report

Abstrak

Pendarahan di dalam lapisan rektus yang dikaitkan dengan suntikan ubat pencair darah adalah merupakan kejadian yang jarang berlaku. Meskipun ubat cair darah terkini iaitu jenis Heparin Bermolekular Kecil (LMWH) dikatakan lebih selamat jika dibandingkan dengan ubat cair darah terdahulu, namun ia tetap mempunyai risiko pendarahan. Dengan peningkatan penggunaan LMWH yang disuntik sendiri oleh pesakit sama ada di dalam wad ataupun sebagai pesakit luar, ia memerlukan kempen kesedaran penjagaan kesihatan yang lebih tinggi di kalangan penyedia penjagaan kesihatan, pesakit dan penjaga mengenai kemungkinan risiko dan pengenalpastian komplikasi yang boleh berlaku disebabkan prosedur tersebut. Di sini, kami membentangkan satu kes kematian seorang lelaki tua disebabkan pendarahan yang teruk di dalam lapisan rektus yang berlaku akibat teknik suntikan Dalteparin yang salah.

Abstract

Rectus sheath hematoma (RSH) is a rare clinical entity that has been associated with the use of injectable anticoagulant therapy. Although low molecular weight heparin (LMWH) was proven to have a better safety profile than its predecessor, it is not without its own risk of bleeding. The increase in use of self-injectable LMWH in both in-patient as well as out-patient basis warrants greater awareness among health care providers, patients and caregivers regarding the potential risks and identification of possible complications. We present a fatal case of rectus sheath hematoma in an elderly man that occurred following erroneous technique of Dalteparin injection.