Share |

Expressed Breast Milk Feeding: Knowledge and Attitude of Employed Mothers

Original article

Abstrak

Pengetahuan yang baik tentang teknik perahan, penyimpanan dan penggunaan susu perahan ibu adalah sangat penting kepada ibu-ibu yang ingin meneruskan penyusuan ibu selepas kembali bekerja. Objektif kajian ini adalah untuk menilai pengetahuan dan sikap ibu bekerja terhadap perahan, penyimpanan dan penggunaan susu ibu. Kajian hirisan lintang ini disertai oleh 300 ibu bekerja sepenuh masa yang melahirkan bayi di sebuah hospital tertiari di Kuala Lumpur, Malaysia. Kajian ini menggunakan soal selidik yang mengandungi 28 soalan menguji pengetahuan dan 9 soalan menilai sikap yang telah disahkan kandungannya. Skor tertinggi adalah 28 untuk pengetahuan dan 45 untuk sikap. Skor purata untuk pengetahuan adalah 20.47 (SD 4.06). Ibu yang mendapat skor ≥21 (≥75% skor maksimum) dikategorikan sebagai mempunyai “pengetahuan yang baik” manakala mereka yang mendapat skor <21 dikatakan mempunyai “pengetahuan yang rendah”. Sebanyak 170 (57%) orang ibu mempunyai tahap pengetahuan yang baik. Pengetahuan yang baik mempunyai perkaitan yang signifikan dengan etnik Melayu, pendidikan tertiari, multipariti dan pengalaman penyusuan ibu. Seramai 219 (73%) orang ibu mempunyai sikap positif (skor ≥34). Etnik Melayu, pendidikan tertiari, multipariti, pengalaman memberi susu perahan dan mempunyai kemudahan memerah susu ditempat kerja mempunyai asosiasi signifikan dengan sikap positif.  Lebih separuh ibu mempunyai tahap pengetahuan yang baik dan lebih ramai mempunyai sikap yang positif terhadap perahan, penyimpanan dan penggunaan susu ibu. Sokongan tambahan dan pendidikan harus diberikan kepada ibu-ibu yang:  berbangsa selain Melayu, tidak mendapat pendidikan tertiari dan melahirkan anak pertama kerana faktor-faktor ini berkait dengan pengetahuan yang rendah dan sikap negatif.  

Abstract

Appropriate knowledge on expressing, storing and use of breast milk are essential for mothers to continue breastfeeding when they return to work. The objective of this study was to assess the knowledge and attitude of employed mothers towards breast milk expression, storage and usage. This cross-sectional study was conducted among 300 full-time employed mothers who delivered at a tertiary hospital in Kuala Lumpur, Malaysia. A content-validated questionnaire consisting of 28 questions testing knowledge and nine questions assessing attitude was used. The highest possible scores for knowledge and attitude were 28 and 45, respectively. The mean score for knowledge was 20.47 (SD 4.06). Mothers who scored ≥ 21 (≥75% of maximum score) were categorized as having “good knowledge” while those who scored <21 were considered to have “poor knowledge”. One hundred and seventy (57%) mothers had good knowledge. Good knowledge was significantly associated with Malay ethnicity, tertiary education, multiparity status and prior breastfeeding experience. Two hundred and nineteen (73%) mothers had a positive attitude (scored ≥34). Malay ethnicity, tertiary education, multiparity status, prior experience in giving expressed milk and feasibility of expressing breast milk at the workplace were significantly associated with a positive attitude. More than half of the mothers had good knowledge, and a higher proportion had a positive attitude towards breast milk expression, storage and usage. Additional support and education should be given to mothers who are: non-Malay, non-tertiary educated and having their first child as these factors were associated with poor knowledge and negative attitude.