Share |

Explorative Survey on the Usage and Needs of Mobile Health Applications (mHealth) amongst Caregivers in Taking Care of Stroke Survivors

Original article

Abstrak

Aplikasi kesihatan mudah alih (mHealth) boleh membantu penjaga pesakit strok dalam menangani keperluan maklumat dan sokongan yang tidak mencukupi daripada penjaga kesihatan profesional. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan dan keperluan aplikasi mHealth di kalangan penjaga pesakit strok dan faktor yang berkaitan dengannya. Kajian keratan rentas ini melibatkan 207 penjaga strok yang menghadiri klinik strok di hospital dan pusat komuniti di Kuala Lumpur antara Disember 2020 hingga Mac 2021. Tinjauan dilakukan melalui soal selidik dwibahasa yang dibangunkan dengan menggunakan temu-bual bersemuka, temu-bual telefon dan borang Google. Majoriti penjaga (77.8%) menggunakan sekurang-kurangnya satu aplikasi mHealth untuk penjagaan diri atau semasa proses penjagaan pesakit strok. Tiga jenis aplikasi mHealth yang paling diperlukan ialah menghubungi penjaga kesihatan profesional (89.9%), pemantauan penyakit (89.4%) dan maklumat kesihatan (89.4%). Tiga ciri aplikasi mHealth yang paling diperlukan adalah percuma untuk dimuat turun/digunakan (94.7%), antara muka yang mudah (93.7%) dan keselamatan/privasi data (93.7%). Ujian Chi Square menunjukkan pengurusan pesakit (χ2(1) = 5.65, p = 0.017), maklumat kesihatan (χ2(1) = 6.72, p = 0.01), pemantauan penyakit (χ2(1) = 9.58, p = 0.002), menghubungi profesional penjagaan kesihatan (χ2(1) = 6.27, p = 0.012) dan tahap ketidakupayaan pesakit (χ2(1) = 4.29, p = 0.038) dikaitkan secara signifikan dengan jenis aplikasi mHealth. Kesimpulannya, penggunaan aplikasi mHealth dalam kalangan penjaga pesakit strok adalah tinggi, dan jenis serta ciri khusus yang terdapat dalam aplikasi mHealth adalah diperlukan dalam kalangan penjaga strok.

Abstract

Mobile health (mHealth) applications may assist stroke caregivers in answering the unmet needs of inadequate information and support from healthcare professionals. This study aimed to explore the usage and needs of mHealth applications among stroke caregivers and its associated factors. This cross-sectional study involved 207 stroke caregivers attending hospital and community-based stroke clinics in Kuala Lumpur between December 2020 until March 2021. The survey was done through newly developed self-administered bilingual questionnaires using face to face interviews, telephone interviews and Google form. Most caregivers (77.8%) used at least one mHealth application for self-care or during the caregiving process. The three most types of mHealth applications were contacting healthcare professionals (89.9%), disease monitoring (89.4%) and health information (89.4%). The three most features of mHealth applications were free to download/use (94.7%), simple interface (93.7%) and data security/privacy (93.7%). Chi-square test of association showed managing appointment (χ2(1) = 5.65, p = 0.017), health information (χ2(1) = 6.72, p = 0.01), disease monitoring (χ2(1) = 9.58, p = 0.002), contacting healthcare professional (χ2 (1) = 6.27, p = 0.012) and patient disability level (χ2(1) = 4.29, p = 0.038) were significantly associated with specific types of mHealth applications. In conclusion, the overall usage of mHealth applications among stroke caregivers was high, with the need of specific types and features in mHealth applications among stroke caregivers.