Share |

The Efficacy of Prophylactic Intravenous Granisetron in Preventing Post Anaesthesia Shivering in Gynaecological Patients Undergoing Surgery Under General Anaesthesia

Original article

Abstrak

Menggigil selepas bius umum merupakan salah satu komplikasi yang paling kerap berlaku sewaktu pesakit sedar daripada pembiusan umum dengan kadar di antara 5 hingga 65%. Keadaan ini meningkatkan penggunaan oksigen dan penghasilan karbon dioksida yang akan menyebabkan kelewatan dari segi pemulihan daripada pembiusan serta kejadian lain yang tidak diingini. Granisetron merupakan salah satu jenis ubat yang digunakan untuk mencegah keadaan menggigil selepas bius umum. Kajian prospektif, sulit berganda dan secara rawak dijalankan untuk membandingkan keberkesanan ubat IV granisetron sebagai profilaksis untuk mencegah keadaan menggigil selepas pembiusan dalam dos 2 mg dan 3 mg. Seramai 104 orang pesakit yang terdiri daripada ASA I dan II yang dijadualkan untuk pembedahan elektif ginekologi telah dibahagikan secara rawak kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B yang masing-masing menerima 2 dan 3 mg IV granisetron. Semua pesakit telah dibius dan intubasi trakea dilakukan selepas kelumpuhan otot. Bacaan suhu pesakit dasar dan berkala diukur secara perioperatif. Insiden dan keparahan menggigil selepas pembedahan telah dinilai dengan Klasifikasi ‘Wrench Scoring’. Seramai 8.3% dan 16.7% pesakit daripada Kumpulan A dan B masing-masing mengalami keadaan menggigil dengan perbezaan yang tidak ketara (p=0.199). Kesemua pesakit yang menggigil daripada kedua-dua kumpulan mengalami tahap menggigil Gred 1 kecuali seorang pesakit dari Kumpulan B mengalami Gred 2. Tiada pesakit mengalami tahap menggigil Gred 3 atau 4 selepas pembedahan atau mengadu loya atau muntah ketika di tempat pemulihan. Kedua-dua dos IV granisetron adalah berkesan untuk mengurangkan insiden dan keparahan menggigil selepas pembedahan ginekologi dengan pembiusan am tanpa kesan sampingan yang kurang menyenangkan.

Abstract

Post-anaesthetic shivering is one of the commonest complications during emergence from general anaesthesia with the rate of occurrence between 5 to 65%. It increases oxygen consumption and carbon dioxide production resulting in delayed recovery from anaesthesia and other adverse events. Granisetron is one of the drugs used to prevent post-anaesthetic shivering. This prospective, double-blind and randomised control study compared the efficacy of prophylaxis IV granisetron at 2 mg and 3 mg doses in preventing post-anaesthetic shivering. There were 104 patients, ASA I and II scheduled for elective open gynaecological surgery recruited and randomised into 2 groups: Group A and B, receiving 2 and 3 mg of IV granisetron, resepectively. Intravenous anaesthetic drugs were administered and tracheal intubation was facilitated by muscle paralysis. Patients’ baseline and periodic tympanic core temperatures were measured perioperatively. The incidence and severity of shivering were assessed postoperatively using Wrench Scoring Classification whereby Group A and B had 8.3% and 16.7% of incidence, respectively, in which they were not statistically significant (p = 0.199). All patients from both groups who shivered experienced Grade 1 shivering except for one patient who registered a Grade 2 in Group B. None of our patients had Grade 3 or 4 shivering postoperatively. No one experienced nausea or vomiting in the recovery area. Prophylactic IV granisetron of 2 mg and 3 mg were equally effective in reducing the incidence and severity of post-anaesthetic shivering in gynaecological patients undergoing surgery under general anaesthesia with no unpleasant side effects.