Share |

Effects of 11β-Hydroxysteroid Dehydrogenase Type 1 Enzyme in the Liver in Fructose Induced Metabolic Syndrome Rat Model

Original article

Abstrak

Peningkatan ekspresi dan aktiviti enzim 11β-hidroksisteroid dehidrogenase jenis 1 (11β-HSD1) di dalam sel adiposit matang menyebabkan obesiti dan sindrom metabolik. Fruktos dalam air minuman telah terbukti boleh menyebabkan sindrom metabolik pada tikus Wistar jantan. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk melihat kesan ke atas ekspresi dan aktiviti enzim 11β-HSD1 di dalam hati model tikus sindrom metabolik yang dirangsang dengan air minuman fruktos. Sebanyak 12 ekor tikus Wistar jantan dibahagikan secara rawak kepada dua kumpulan: kumpulan kawalan, C (n=6) dan kumpulan yang diberi minuman fruktos 20%, F20 (n=6). Pemberian makanan dan air minuman selama lapan minggu secara ad libitum. Di akhir kajian, pengukuran ekspresi enzim 11β-HSD1 di dalam hati dilakukan dengan menggunakan teknik pewarnaan imunohistokimia. Skor diberikan berdasarkan intensiti pewarnaan granul di dalam sitoplasma hepatosit menggunakan teknik ‘double-blinded’. Manakala, aktiviti enzim 11β-HSD1 diukur menggunakan teknik ELISA. Selepas lapan minggu pengambilan air minuman fruktos, kumpulan F20 menunjukkan peningkatan dalam ekspresi dan aktiviti enzim 11β-HSD1 di dalam hati. Data yang diperolehi menunjukkan bahawa enzim 11β-HSD1 di dalam hati mungkin memainkan peranan dalam pembentukan sindrom metabolik dan komplikasinya pada tikus Wistar jantan.

Abstract

Excessive  expression  and  activity  of  11β-hydroxysteroid  dehydrogenase  enzyme type  1  (11β-HSD1)  enzyme  in  mature  adipocyte  leads  to  obesity  and  metabolic syndrome. Fructose in drinking water was proven to induce metabolic syndrome in male Wistar rat. Hence, the aim of the study was to assess the effects of expression and activity of 11β-HSD1 enzyme in the liver in an established metabolic syndrome rat  model  induced  by  fructose  drinking  water.  Twelve  male  Wistar  rats  were randomly divided into two groups: Control group, C (n=6) and Fructose drinking water 20%, F20 (n=6). The food and fluid intake were given as ad libitum for eight weeks. At the end of the experiment, the expression of 11β-HSD1 enzyme in the liver  was  measured  by  immunohistochemical  staining  method.  The  score  was given  according  to  the  intensity  of  the  staining  of  the  granules  in  the  hepatocyte cytoplasm  which  was  measured  using  double-blinded  method.  Meanwhile,  the activity  of  11β-HSD1  enzyme  in  the  liver  was  measured  using  ELISA  technique. Following  eight  weeks  of  consumption  of  fructose  drinking  water,  the  F20  group showed an increased in both expression and activity of 11β-HSD1 in the liver. The obtained data clearly suggest that 11β-HSD1 enzymes in the liver may play a role in the development of metabolic syndrome and its complications in male Wistar rat.