Share |

Effectiveness of Focal Vibration on Muscle Tone, Kinematic Parameters, and Motor Function in Individuals with Stroke, Parkinson’ Disease and Multiple Sclerosis: A Systematic Review, Meta-Analysis and Meta-Regression

Review article

Abstrak

Kajian sistematik ini bertujuan untuk menyiasat kesan getaran fokus (FV) terhadap tonus otot, parameter kinematik dan fungsi motor pada individu yang menghidapi penyakit strok, Parkinson dan sklerosis berbilang. Kajian ini juga bertujuan untuk menentukan pengaruh parameter getaran seperti frekuensi dan amplitud, tempoh sesi stimuli, dan jumlah keseluruhan sesi intervensi pada hasil ukuran. Carian artikel yang relevan dengan kajian ini telah dilakukan melalui pangkalan data PubMed, Scopus, Cochrane, Web of Science dan EBSCO. Sebanyak 21 artikel telah memenuhi kriteria kemasukan yang ditetapkan. Dalam tempoh seminggu selepas rawatan, FV telah terbukti berkesan untuk mengurangkan spastisiti pada bahagian siku (P = 0.04), meningkatkan parameter kinematik anggota atas (SMD = -0.75, 95% CI: -1.50 hingga -0.01), dan meningkatkan kefungsian anggota atas (P = 0.05) dalam kalangan pesakit strok. Rawatan FV juga secara signifikan meningkatkan parameter kinematik anggota bawah pesakit Parkinson apabila dibandingkan dengan kumpulan kawalan (P = 0.03). Namun, kesan FV didapati tidak signifikan dalam mengurangkan spastisiti anggota atas pesakit strok (P = 0.25) serta dalam meningkatkan parameter kinematik anggota bawah pesakit Parkinson (SMD = 0.38, 95% CI: -0.58 hingga 1.35) apabila penilaian dilakukan selepas lebih dari seminggu dari sesi rawatan. Jumlah keseluruhan sesi terapi didapati berkait secara signifikan dengan saiz kesan (p = 0.042) terhadap hasil ukuran kefungsian anggota atas. Kesimpulannya, FV boleh digunakan dalam program pemulihan untuk memberi manfaat kepada pesakit yang mengalami gangguan neurologi seperti penyakit strok, Parkinson dan sklerosis berbilang.

Abstract

This systematic review aimed to investigate the effect of focal vibration (FV) on muscle tone, kinematic parameters and motor functions in individuals with stroke, Parkinson’ disease and multiple sclerosis. It also determined the influence of vibration parameters such as frequency and amplitude, stimulation session duration, and the total number of intervention sessions on the outcome measures. PubMed, Scopus, Cochrane, Web of Science, and EBSCO were searched, yielding 21 qualifying articles. Within a week post-treatment, FV effectively reduced elbow spasticity (P = 0.04), improved upper limb kinematic parameters (SMD = -0.75, 95% CI: -1.50 to -0.01), and enhanced upper limb motor function (P = 0.05) in stroke patients. FV significantly improved lower limb kinematic parameters of Parkinson’s disease patients (P = 0.03). Over a week post-treatment, the effect of FV was not significant in reducing spasticity for upper limb in stroke (P = 0.25) and improving kinematic parameters for lower limb in Parkinson’s disease (SMD = 0.38, 95% CI: -0.58 to 1.35).  The total therapy sessions significantly associated with the effect size (p = 0.042) for upper limb motor function outcome measure. Conclusion, integrating FV into rehabilitation may benefit patients with neurological disorders such as stroke, Parkinson’s disease, and multiple sclerosis.