Share |

Demographic, Clinical and Language Characteristics of Malaysian Patients with Aphasia: A Retrospective Study

Original article

Abstrak

Kajian yang telah dilakukan di Malaysia tentang ciri-ciri pesakit afasia adalah terhad. Bagi mengatasi jurang ini, kajian retrospektif telah dijalankan di Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC). Kajian ini bertujuan untuk memprofilkan ciri-ciri demografi, klinikal dan bahasa bagi pesakit yang menjalani terapi pertuturan untuk afasia. Rekod perubatan dari tahun 2014 hingga 2017 telah disemak, memfokuskan pada 1,259 pesakit dewasa yang dirujuk ke Unit Terapi Pertuturan. Analisis yang dijalankan termasuklah demografi, aspek klinikal dan ciri-ciri linguistik. Western Battery of Aphasia- Revised (WAB-R), alat penilaian yang komprehensif digunakan untuk menilai kebolehan bahasa. Antara fail pesakit yang dianalisis, sebanyak 211 mengandungi keputusan ujian WAB-R. Profil demografi menunjukkan nisbah pesakit lelaki lebih tinggi berbanding dengan wanita, di mana majoritinya adalah pesakit Melayu, diikuti oleh Cina dan India. Taburan umur termasuk 41.7% orang dewasa yang lebih tua (berumur lebih dari 55 tahun), 37.9% pertengahan umur (berumur 36-55 tahun) dan 20.4% orang dewasa yang lebih muda (berumur 15-35 tahun). Sebanyak 44.5% telah menamatkan pendidikan sekolah menengah. Secara klinikal, hemiparesis sebelah kanan adalah lazim iaitu 67.8% daripada pesakit, manakala 14.7% mempunyai hemiparesis sebelah kiri. Penyebab utama afasia ialah strok, menyumbang kepada 71.1% kes, dengan kebanyakannya adalah strok iskemia (56.9%). Terdapat 50.2% kes afasia lancar, berbanding dengan 49.3% afasia tidak lancar. Afasia jenis anomik ialah yang paling banyak (35.5%), diikuti oleh afasia global (27.5%) dan afasia jenis Broca (17.5%). Profil bahasa memberikan penerangan terperinci, merangkumi aspek linguistik yang berkaitan dengan jenis afasia yang berbeza. Penemuan awal ini menghasilkan pandangan yang berharga dan mempunyai implikasi yang signifikan terhadap pengurusan klinikal pesakit afasia di Malaysia.

Abstract

Limited research has been conducted in Malaysia on the characteristics of patients with aphasia. To address this gap, a retrospective study was conducted at Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC). The study aimed to profile the demographic, clinical, and language characteristics of patients who underwent speech therapy for aphasia. Medical records from 2014 to 2017 were reviewed, focusing on 1,259 adult patients who were referred to the Speech Therapy Unit. Analysis included demographics, clinical aspects, and linguistic features. The Western Battery of Aphasia-Revised (WAB-R), a comprehensive assessment tool, was used to evaluate the language abilities. Among the patients' files analysed, a total of 211 contained WAB-R test results. The demographic profile revealed a higher proportion of male patients compared to females, with Malay patients comprising the majority, followed by Chinese and Indians. Age distribution included 41.7% older adults (aged 55 and above), 37.9% middle-aged (aged 36-55), and 20.4% younger adults (aged 18-35). Notably, 44.5% had completed high school education. Clinically, right- sided hemiparesis was prevalent as noted with 67.8% of patients, while 14.7% had left-sided hemiparesis. The primary cause of aphasia was stroke, accounting for 71.1% of cases, with ischemic stroke being the dominant subtype (56.9%). Fluent aphasia was presented in 50.2% of the cases, compared to 49.3% of non-fluent aphasia. Anomic aphasia was the most common subtype (35.5%), followed by global aphasia (27.5%) and Broca’s aphasia (17.5%). The language profile provided a detailed description, encompassing linguistic aspects relevant to different aphasia types. These preliminary findings yielded valuable insights and hold significant implications for the clinical management of aphasia patients in Malaysia.