Share |

Critical Thinking Level among Nursing Students of Faculty of Medicine UKM

Original article

Abstrak

Pemikiran kritis memainkan peranan penting dalam membuat keputusan dan melaksanakan tugas harian termasuk mencari, mendapatkan, menilai, menganalisis, mensintesis dan mengkonseptualisasikan maklumat. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan membandingkan tahap pemikiran kritis dalam kalangan pelajar kejururawatan di Fakulti Perubatan UKM berdasarkan aspek analisis sistematik, pemikiran dalam dan luar kotak. Kajian ini merupakan kajian secara keratan rentas yang menggunakan soal selidik dalam talian melalui Google Form mengenai tahap pemikiran kritis dan domain. Terdapat 115 pelajar kejururawatan di Fakulti Perubatan UKM terdiri daripada Tahun 1 (34.9%), Tahun 2 (26.1%), Tahun 3 (16.5%) dan Tahun 4 (23.5%). Hasil kajian menunjukkan tahap keseluruhan pemikiran kritis berada pada tahap sederhana (min=3.815, s.d=0.431) dengan domain analisis sistematik berada pada tahap pertengahan (min=4.027, s.d=0.522), domain berfikir dalam kotak pada tahap rendah (min =2.547, s.d=0.688) dan domain berfikir di luar kotak berada pada tahap pertengahan (min=4.181, s.d=0.600). Analisis lanjut menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar Tahun 2 dan Tahun 3 serta Tahun 3 dan Tahun 4 dalam domain berfikir di luar kotak (p=0.006). Ini menunjukkan bahawa kemahiran berfikir kritis dalam kalangan pelajar kejururawatan adalah tahap sederhana.

Abstract

Critical thinking plays an important role in decision-making and implementing daily tasks which includes searching, obtaining, evaluating, analysing, synthesising and conceptualising information. The aim of this study was to identify and compare the level of critical thinking among nursing students in Faculty of Medicine UKM based on systematic analysis, thinking in and out of the box domains. This was a cross-sectional study that utilised a self-administered Google Form online questionnaire on the level of critical thinking levels and domains. There were 115 nursing students in the Faculty of Medicine, UKM comprising of Year 1 (34.9%), Year 2 (26.1%), Year 3 (16.5%) and Year 4 (23.5%). The result showed that overall level of critical thinking was at intermediate level (mean=3.815, s.d=0.431) with systematic analysis domain was at intermediate level (mean=4.027, s.d=0.522), thinking in the box domain at low level (mean=2.547, s.d=0.688) and thinking out of the box domain was at intermediate level (mean=4.181, s.d=0.600). Further analysis showed that there was significant difference between students Year 2 with Year 3 and Year 3 with Year 4 in thinking out of the box domain (p=0.006). It was shown that critical thinking skills among nursing students were intermediate level.