Share |

Contraception: Herbal and Modern Strategies

Review article

Abstrak

Ledakan penduduk merupakan salah satu isu global yang menjadi perhatian. Peningkatan bilangan penduduk turut menyumbang kepada kesan negatif terhadap sosial dan ekonomi. Untuk mengatasi masalah ini, kontrasepsi moden yang mudah dan selamat telah diperkenalkan. Walau bagaimanapun, kini, ramai penyelidik telah menjalankan kajian mengenai keberkesanan tumbuhan ubatan sebagai agen kontraseptif pada model manusia dan haiwan. Oleh itu, kajian mengenai kontraseptif herba dan moden telah dirumuskan dalam artikel ini. Sebanyak 66 artikel yang berkaitan telah didokumen mempunyai maklumat mengenai kontraseptif moden dan herba. Kesemua kontraseptif adalah berkesan dengan syarat digunakan secara konsisten dan cara yang betul. Kontrasepsi sangat penting kerana dapat mencegah penyakit dan jangkitan yang disebabkan oleh hubungan seksual dan menghalang kehamilan yang tidak diinginkan. Oleh itu, artikel ini merupakan usaha untuk meringkaskan potensi tumbuhan ubatan sebagai agen kontraseptif dan kaedah kontraseptif moden yang digunakan sebagai pencegahan kehamilan pada lelaki dan wanita.

Abstract

Population explosion is one of the global issues of concern. The increasing number of individuals could result in negative impact on social and economy. To overcome this problem, convenient and safe modern contraception was introduced. However, recently many researchers have conducted studies on the effectiveness of medicinal plants as contraceptive agents on human and animal models. Therefore, the studies of herbal and modern contraceptives were summarized in this review article. A total of 66 relevant articles were documented having information regarding the modern and herbal contraceptives. All contraceptives are highly effective provided they are used consistently and in the proper way. Contraception is important as it could prevent diseases and infections caused by sexual intercourse and prevent unintended pregnancy. Therefore, this review is an attempt to summarize the potential of medicinal plants as contraceptive agents and the modern contraceptive methods used as birth control in males and females.