Share |

Confidence Level and Knowledge of Pre-hospital Thrombolysis Therapy of Paramedic in Pre-hospital Care: A Survey

Original article

Abstrak

Data mengenai pengetahuan, sikap dan pengesanan kenaikan ST Miokardial Akut (STEMI) pada elektrokardiografi di kalangan paramedik pra-hospital di Malaysia masih kekurangan. Ia adalah penting untuk mendapatkan maklumat ini sebagai prasyarat dalam memulakan trombolisis pra-hospital. Kajian deskriptif ini dijalankan dari Mei 2016 hingga November 2017 ke atas paramedik dari Pusat Perubatan UKM (UKMMC) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menilai tahap pengetahuan mengenai terapi trombolitik pra-hospital dan pengesanan STEMI pada ECG. Seratus enam soal selidik telah dijawab dan dianalisa. Lebih daripada 60% calon masih tidak dapat mengesan perubahan STEMI ECG dan kekurangan keyakinan dalam mengendalikan dan menjalankan rawatan thrombolytic pada tahap pra-hospital. Hanya 20.8% calon berjaya mengesan lebih daripada 8/10 STEMI pada ECG dengan betul. Kurang daripada 40% calon mencapai lebih daripada 80% markah dalam menjawab soalan mengenai STEMI dan rawatan. Disimpulkan bahawa prestasi keseluruhan dan pengetahuan tentang paramedik mengenai terapi trombolitik pra-hospital pada umumnya kurang baik. Latihan lanjut perlu dilakukan sebelum melaksanakan rawatan trombolitik pra-hospital di Malaysia.

Abstract

Data on knowledge, attitude and ST Elevation Myocardial Infarction (STEMI) electrocardiography (ECG) detection among pre-hospital paramedics in Malaysia is still scarce. It is imperative to gain this information as a pre-requisite in initiating pre-hospital thrombolysis. This was a descriptive study conducted from May 2016 until November 2017 on paramedics from Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Center (UKMMC) and Kuala Lumpur Hospital (HKL). It was to assess knowledge on pre-hospital thrombolytic therapy and ECG detection of STEMI. One hundred and six questionnaires were answered and analyzed. More than 60% of the candidates were unable to detect STEMI ECG changes and lacked of confidence in handling and administering thrombolytic treatment at the level of pre-hospital phase. Only 20.8% candidates managed to detect more than 8/10 of the correct ECG pattern in STEMI. Less than 40% of the candidates achieved more than 80% marks in answering questions regarding STEMI and treatment. It is concluded that the overall performance and knowledge of paramedic regarding pre-hospital thrombolytic therapy is generally poor. Further training need to be done prior to implementing pre-hospital STEMI thrombolytic therapy in Malaysia.