Share |

A Case of Missed Thoracic Fracture Masquerading as Intra-Abdominal Injury

Case report

Abstrak

Keadaan status mental yang rendah di dalam politrauma merupakan cabaran kepada pasukan kecemasan dalam pengurusan pesakit. Kecenderungan untuk terlepas penemuan positif dalam keadaan ini meningkat beberapa kali ganda kerana pelbagai faktor seperti kemurungan/kemabukan, kehadiran kecederaan yang mengganggu dan kecederaan yang mengancam nyawa serentak, menyebabkan perlunya memberi perhatian yang lebih mendesak. Memandangkan keadaan ini, kriteria NEXUS (Kajian Penggunaan X-Radiografi Kecemasan Nasional) untuk memeriksa tulang belakang servikal telah diterima pakai dan digunakan di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, tiada kata sepakat untuk memeriksa bahagian lain tulang belakang. Kes ini melaporkan seorang lelaki berusia 18 tahun dengan status mental berubah, sakit dan luka di bahagian muka akibat kemalangan jalan raya. Kepatahan di bahagian muka disahkan dan dia dibernarkan keluar dari hospital. Tiga hari kemudian dia kembali dengan sakit epigastrik yang teruk. Sakit pada bahagian belakang mendorong imbasan CT dilakukan. Beberapa vertebra toraks didapati patah. Sebagai kesimpulan, pemeriksaan primer dan sekunder yang menyeluruh perlu dilakukan pada pesakit yang telah sedar semula sebelum dibenarkan pulang.

Abstract

Altered  mental  status  in  the  setting  of  polytrauma  poses  a  challenge  to  the emergency  team  managing  the  patient.  The  tendency  to  miss  positive  findings in  these  circumstances  increases  several  folds  due  to  multiple  factors  such  as depressed mental status/intoxication, presence of distracting injuries and concurrent life-threatening injuries that require more urgent attention. In view of this, NEXUS (National  Emergency  X-Radiography  Utilization  Study)  criteria  of  clearing  the cervical spine was adopted and used worldwide. Consensus on clearance of the other  parts  of  spine  is  still  lacking.  This  case  reports  highlights  the  findings  in  a 18-yrs-old male who presented with altered mental status, facial pain and abrasion, following  a  motor  vehicle  accident.  Facial  bone  fracture  was  diagnosed  and  he was discharged. Three days later, he came with severe epigastric pain. Tenderness on  palpation  was  noted  at  the  spine  and  Computed  Tomography  (CT)  scan  was done.  Multiple  thoracic  vertebra  fractures  were  seen.  As  a  conclusion,  thorough primary and secondary survey should be done in patients who have regained full consciousness prior to discharge in order to avoid overlooking other serious injuries.