Share |

Breast Feeding Practice and Knowledge among Mothers Attending an Urban Malaysian Maternal and Child Health Clinic

Original article

Abstrak

Kelebihan penyusuan ibu telah pun lama terbukti. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti amalan dan pengetahuan penyusuan ibu di dalam  komuniti di dalam bandar  dan faktor-faktor yang mempengaruhinya. Ini adalah kajian irisan lintang. Ke­semua ibu-ibu yang memenuhi kriteria pemilihan dan menghadiri Klinik Kesihatan Ibu dan Anak di Cheras sepanjang tempoh kajian ini dimasukkan ke dalam kajian. Ibu-ibu tersebut dikehendaki menjawab soal selidik yang diberi. Seramai 162 ibu telah men­gambil bahagian di dalam kajian ini. Didapati prevalen penyusuan ibu dalam minggu pertama selepas bersalin adalah 93.8%. Kajian ini mendapati penyusuan ibu adalah lebih tinggi di kalangan ibu Melayu (p<0.001). Tahap pendidikan ibu, status perkerjaan, perkerjaan suami, pendapatan keluarga dan kelas antenatal tidak mempunyai  hubungan yang bermakna dengan amalan penyusuan ibu. Walaubagaimanapun, pengaruh daripada ahli keluarga utama didapati menjadi faktor penting dalam memberi galakan kepada penyusuan ibu. Secara menyeluruh, pengetahuan  mengenai penyu­suan ibu adalah baik, tetapi lebih daripada separuh responden (58.6%) tidak tahu ba­hawa mereka perlu meneruskan penyusuan ibu ji­kalau ibu ataupun anak jatuh sakit. Kajian ini menemui bahawa lebih daripada 20% responden masih tidak tahu mengenai ‘lactational amenorrhoea’ (tiada haid disebab­kan penyusuan ibu), ‘susu ibu  melindungi bayi daripada alahan’ dan ‘luka pada puting adalah satu kebiasaan dalam penyusuan ibu’.  Lebih kurang 15% daripada ibu-ibu masih tidak tahu bahawa susu ibu adalah lebih baik daripada susu formula. Kesimpul­annya, walaupun prevalen inisiasi penyusuan ibu adalah tinggi di kalangan ibu-ibu, masih terdapat tanggapan-tanggapan yang salah  yang perlu diperbetulkan.

Abstract

The advantages of breastfeeding have been well established. The objective of this study was to determine the practice and knowledge of breastfeeding in an urban com­munity and identify the influencing factors. This is a cross-sectional study. All mothers attending the Maternal and Child Health Clinic during the study period, who fulfilled the selection criteria, were included in the study. The mothers were interviewed using a self administered questionnaire. A total of 162 mothers participated in the study. The prevalence of initiating breastfeeding during the first week after childbirth was 93.8%. Breastfeeding was found to be higher among Malay mothers (p value <0.001). Mother’s education level, employment status, husband’s occupation, family income and attending antenatal classes did not show significant association with breastfeeding practice. Influence from significant family members was found to be an important factor towards encouragement of breastfeeding. Overall, the mother’s knowledge on breast­feeding was fairly good. However, more than half (58.6%) did not know that they should continue breastfeeding even if the mother or the baby were sick. More than 20% of the mothers were still ignorant regarding ‘lactational amenorrhoea’, breast milk protection against allergy and that nipple soreness is common when breastfeeding. Approximately 15% of the mothers were not aware that breast milk is better than for­mula milk. In conclusion, although the mother’s knowledge on breast­feeding was fairly adequate, misconception in certain areas of breastfeeding needs correction.