Share |

Antenatal Iron Deficiency in an Urban Malaysian Population

Original article

Abstrak

Kekurangan zat besi adalah punca utama penyakit anemia semasa kehamilan. Kajian ini dibuat untuk menilai kelaziman anemia dan kekurangan zat besi dalam wanita mengandung dalam populasi Malaysia dan hubung kaitnya dengan sosio-demografi dan profil obstetrik. Kajian keratan rentas dibuat di sebuah klinik kesihatan bandar dalam jangka masa enam bulan. Satu sampel darah diambil daripada wanita mengandung yang kelihatan sihat pada lawatan pertama antenatal dan dihantar ke makmal untuk penilaian pengiraan darah lengkap dan feritin serum sebagai alat saringan untuk anemia dan status zat besi. SPSS versi 19.0 digunakan untuk analisis statistik. Daripada sejumlah 250 subjek, 43.6% menghidap anemia dan 31.6% menghidap kekurangan zat besi. Sejumlah 47.7% daripada subjek yang menghidap anemia juga mengalami kekurangan zat besi, manakala 19.1% daripada subjek yang kekurangan zat besi tidak pula menghidapi anemia. Ferritin serum mempunyai korelasi negatif dengan kematangan kandungan pada lawatan pertama antenatal (p<0.001), dengan seramai 77.6% daripada kumpulan wanita ini tidak mengambil zat besi tambahan sebelum itu. Feritin serum juga rendah antara wanita yang beranak lebih daripada lima (p=0.01). Kekurangan zat besi sangat ketara (p=0.024) dalam kalangan kaum India (42.5%) berbanding dengan kaum Melayu (33.5%) dan Cina (13.0%). Kesimpulannya, oleh kerana ramai wanita mengandung mengalami kekurangan zat besi, bukan sahaja yang mengalami anemia tetapi juga yang mempunyai nilai hemoglobin normal, kesinambungan praktis memberi tambahan zat besi kepada semua wanita mengandung di Malaysia adalah wajar.

Kata kunci

Abstract

Iron  deficiency  anemia  is  the  most  common  form  of  anemia  in  pregnancy.  The present  study  was  carried  out  to  determine  the  prevalence  of  antenatal  anemia and  iron  deficiency  in  the  Malaysian  population  and  its  correlation  with  socio-demographic  and  obstetric  profile.  It  was  a  cross-sectional  study  conducted  at an  urban  health  clinic  over  a  period  of  six  months.  A  single  blood  sample  was drawn  from  apparently  healthy  pregnant  mothers  at  antenatal  booking  and  sent for laboratory assessment of full blood count and serum ferritin as screening tools for  anemia  and  iron  status.  SPSS  version  19.0  was  used  for  statistical  analyses. The  results  showed  that  out  of  250  subjects,  43.6%  had  anemia  and  31.6%  had iron deficiency. Whilst 47.7% of subjects with anemia were iron deficient, 19.1% of  subjects  without  anemia  were  also  iron  deficient.  Serum  ferritin  correlated negatively  with  period  of  gestation  at  booking  (p<0.001),  with  77.6%  of  these women  not  having  prior  iron  supplements.  Serum  ferritin  was  also  significantly lower among grandmultiparae (p=0.01). Iron deficiency was significantly (p=0.024) more common among Indians (42.5%) compared to Malays (33.5%) and Chinese (13.0%).  In  conclusion,  continuation  of  the  current  practice  of  routine  antenatal iron supplementation is still warranted and justifiable in Malaysia as there is high prevalence of iron deficiency in pregnancy not only in the presence of anemia but also in the presence of normal hemoglobin values.