Share |

Analytical Evaluation of Cardiac Poct: Humasis Hubi-Quanpro Troponin I

Original article

Abstrak

Pengujian troponin melalui aplikasi point-of-care testing (POCT) adalah bertujuan untuk menambahbaik masa pengujian dan membantu dalam penjagaan dan pengurusan sindrom koronari akut. Kajian ini dijalankan untuk menilai prestasi analitikal dan korelasi HUBI-QUANPro troponin I dengan instrumen makmal sedia ada iaitu high-senstivity troponin I, Architect Abbott. Faktor yang dikaji termasuk ujian ketepatan dengan menggunakan bahan kawalan kualiti (2 aras) dan kajian korelasi yang melibatkan perbezaan sampel (whole blood, plasma dan serum) dan metodologi (immunochromatographic dan chemiluminescent immunoassay). Sejumlah 30 bahan kualiti yang digunakan untuk kajian ketepatan dan 42 sampel serum dan EDTA untuk kajian korelasi. Tahap ketepatan adalah 10.9% dan 6.7% pada kepekatan 0.91 ng/mL dan 2.66 ng/mL. Analisis regresi bagi perbezaan sampel (plasma vs whole blood) dalam HUBI-QUANPro menunjukkan cerun 0.935, r=0.991 (p=<0.001). Korelasi HUBI-QUANPro dan Architect Abbott (whole blood, plasma vs serum) mempunyai kecerunan regresi  0.205, r=0.963 (whole blood) dan 0.192, r=0.954 (plasma), p=<0.001. HUBI-QUANPro troponin I adalah analyser yang sensitif, cepat, tepat dan mempunyai prestasi analitikal yang boleh sebanding dengan instrumen makmal bagi pengukuran troponin I jantung. Ia dapat berfungsi sebagai peranti POCT yang baik dalam pengurusan penjagaan akut berkaitan dengan masalah jantung.

Abstract

Point-of-care testing (POCT) of cardiac troponin device is aimed for improvement in turn round time (TAT) and assist in acute management care of acute coronary syndrome (ACS). The present study was conducted to assess the analytical performance and correlation of HUBI-QUANPro troponin I with an existing laboratory instrument of high-sensitivity troponin I, Abbott Architect. The factors that were studied, included precision study by using manufacturer quality control (QC) material (2 levels) and correlation study of sample differences (whole blood, plasma and serum) and methodology (immunochromatographic assay and chemiluminescent immunoassay). A total of 30 QC was used for precision study and 42 sample serum and EDTA for the correlation study. An acceptable total imprecision of 10.9% and 6.7% were seen at level of 0.91 ng/mL and 2.66 ng/mL, respectively. Regression analysis of sample differences (plasma vs whole blood) in HUBI-QUANPro showed slope of 0.935, r=0.991 (p=<0.001). Correlation of HUBI-QUANPro and Abbott Architect (whole blood, plasma vs serum) both demonstrated regression slope of 0.205, r=0.963 (whole blood) and slope of 0.192, r=0.954 (plasma), p=<0.001, respectively. HUBI-QUANPro troponin I POCT device is a sensitive, fast, precise and has a good comparable analytical performance with reference laboratory instrument for cardiac troponin I measurement. It is able to serve as a good POCT device in cardiac-related acute care management.