Abstrak
Kecederaan buku lali adalah kejadian yang biasa berlaku dalam mana-mana aktiviti sukan. Tujuan utama kajian adalah untuk menjelaskan anatomi buku lali, mekanisma kecederaan yang berkaitan dengan aktiviti sukan, keabnormalan secara kongenital atau variasi anatomi yang berkaitan dengan kecederaan buku lali serta perbincangan rawatan secara efektif. Suatu tinjauan literatur telah dijalankan untuk mengetahui kecederaan buku lali yang berlaku akibat daripada pelbagai aktiviti sukan. Kami mendokumenkan semua sukan yang melibatkan kecederaan pada sendi buku lali. Anatomi pelbagai struktur bahagian tapak kaki dan keterlibatannya dalam kecederaan dibincangkan dengan panjang lebar. Pengetahuan anatomi tentang kecederaan buku lali boleh memberi manfaat untuk diagnosis akan datang dan bagi tujuan rawatan.
Kata Kunci :
buku lali,
kecederaan,
ligament,
sukan,