Abstrak
Keracunan Amitraz jarang berlaku dan kes ini tidak pernah dilaporkan dalam kajian di Malaysia.    Pengambilan  bahan  ini  membawa  kepada  kesan  sampingan  yang membahayakan  nyawa.  Kami  melaporkan  satu  kes  keracunan  Amitraz  yang  berlaku pada  seorang  dewasa  berumur  18  tahun.  Beliau  mengalami  hipotensi  dan memerlukan  sokongan  pernafasan  serta  jagaan  seharian  dalam  unit  intensif.  Beliau telah  diberi  rawatan  berlandaskan  simptom  di  bawah  pengawasan  rapat  dan  telah sembuh dengan cepat dan dibenarkan balik selepas 3 hari.
                  Kata Kunci :  
         amitraz,  
          
          dewasa,  
          
          keracunan,  
           
         
           
        
     
   
 
 
 
 
