Abstrak
Glaukoma merupakan satu kumpulan penyakit yang merosakkan saraf optik secara berperingkat, lalu mengubah keadaan saraf tersebut serta membuatkan medan penglihatan terjejas. Penyebabnya masih belum jelas sehingga hari ini. Penulispenulis terdahulu cuba untuk menghubungkaitkan penyakit ini dengan tahap tekanan dalam kepala. Kami menyaring literatur mengenai perkaitan hubungan tekanan dalam mata dan tekanan dalam kepala, di mana ia membawa kepada wujudnya tekanan translamina yang dikatakan menjadi penyebab kepada penyakit ini. Beberapa kajian terdahulu menyatakan bahawa tekanan dalam kepala pada pesakit glaukoma adalah rendah, dan walaupun tekanan dalam mata adalah normal atau tinggi, tekanan translamina akan meningkat. Keadaan ini lalu menyebabkan kerosakan kepada saraf optik di mana ia memberi tekanan ke arah belakang, lantas membawa kepada perubahan glaukoma padanya. Penulisan ini cuba melihat juga kaedah-kaedah terkini dalam mengukur tekanan dalam kepala dengan tepat. Kajian lanjut adalah diperlukan bagi mengukuhkan hubungkait tekanan dalam mata dan juga tekanan dalam kepala pada pesakit glaukoma, seterusnya mengesahkan kajian-kajian terdahulu.
Kata Kunci :
glaukoma,
intrakranium,
patofisiologi,
tekanan,
tekanan dalam mata,
translamina,