Share |

A Study On Anxiety And Depression Level Among High Risk Inpatient Pregnant Women In An Obstetric Ward

Original article

Abstrak

Kehamilan merupakan satu pengalaman yang mencemaskan, namun membawa kegembiraan bagi hampir semua ibu-ibu yang mengharapkan cahaya mata. Walaupun begitu, bukan semua ibu mengalami kegembiraan. Terdapat juga setengah ibu yang mengalami tahap tekanan dan kebimbangan yang tinggi tanpa sebab diketahui. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti tahap tekanan dan kebimbangan dikalangan wanita hamil yang berisiko tinggi dan faktor-faktor yang menyebabkan tekanan dan kebimbangan.  Satu kajian rentas deskriptif telah dijalankan keatas 38 wanita hamil yang berisiko tinggi yang telah berada diwad obstetrikselama tiga hari, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. Satu set soalselidik yang dibanci sendiri “Hospital Anxiety Depression Scale” digunakan untuk mengukur tahap tekanan dan kebimbangan dikalangan wanita hamil yang berisiko tinggi. Dari sejumlah 38 responden,  16 (42.1%) wanita mengalami tahap kebimbangan yang ringan dan 22 (57.9%) mengalami tahap kebimbangan yang teruk. Tujuh belas (44.7%) wanita telah diklasifikasikan sebagai mengalami tekanan yang ringan dan 21 (55.3%) tekanan yang teruk.  Kajian ini mendapati “kurang informasi mengenai penyakit”, “faktor keluarga” dan “kewangan” sebagai faktor-faktor yang mempengaruhi tahap tekanan dan bimbangan wanita hamil yang berisiko tinggi semasa berada diwad.  Wanita hamil yang berisiko tinggi dalam kajian ini mengalami tekanan dan kebimbangan yang signifikan semasa berada dihospital. Dengan ini, ia adalah penting untuk jururawat menyedari dan peka pada faktor-faktor yang boleh menyebabkan tekanan dan kebimbangan supaya membolehkan ibu hamil yang berisiko tinggi bergembira dengan kehamilan dan kelahiran.

Abstract

Pregnancy is perceived by many pregnant mothers as a period of happiness in anticipation of motherhood. Not all pregnant mothers experience cheerfulness as some may experience a high anxiety and depression level for unknown reasons. The purpose of this study was to determine the level of anxiety and depression among high risk pregnant women and the factors that contribute to their level of anxiety and depression. A descriptive cross-sectional study was conducted on 38 high risk mothers whose stay in hospital exceeded more than three days in the obstetric ward of Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. A self assessment questionnaire “Hospital Anxiety Depression scale” was used to measure the level of anxiety and depression among high risk pregnant women. Of the 38 participants, 16 (42.1%) women experienced a mild level of anxiety and 22 (57.9%) experienced a severe level of anxiety. Seventeen (44.7%) women was classified as having mild depression and 21 (55.3%) severe depression. The factors contributing to the level of anxiety and depression, include those related with “lack of information on disease”, “family matters” and “finance”. High risk pregnant women in this study experienced a significant level of anxiety and depression during their stay in hospital. It is therefore important for nurses and doctors to be aware and sensitive to the influencing factors that cause anxiety and depression as to enable high risk pregnant mothers to enjoy their pregnancy and childbirth.