Share |

Knowledge, Belief and Barriers to Adult Influenza and Pneumococcal Vaccination among Primary Care Doctors in Sarawak

Original article

Abstrak

Vaksinasi influenza dan pneumokokal dewasa tidak digunakan sepenuhnya walaupun jelas manfaatnya dari segi pengurangan kematian dan morbiditi di kalangan yang berisiko. Matlamat kajian ini adalah untuk meneliti pengetahuan doktor berkaitan dengan vaksinasi influenza dan pneumokokal, kepercayaan mereka dan halangan terhadap vaksinasi tersebut. Kajian keratan rentas ini dijalankan dengan menggunakan soal selidik bertulis di lapan klinik kesihatan di Bandar Kuching, Sarawak. Sejumlah 108 doktor telah menyertai kajian ini. Umur median peserta ialah 29 tahun (Nisbah antara kuartil 4.0). Median markah pengetahuan vakinasi influenza ialah 9 (Nisbah antara kuartil 3) manakala untuk pneumokokal adalah 8 (Nisbah antara kuartil 4). Peserta perempuan telah mendapat markah yang lebih tinggi untuk kedua-dua vaksin berbanding dengn peserta lelaki (P=0.005 & 0.007). Peratusan tertinggi untuk jawapan betul untuk vaksinasi influenza adalah untuk kesan sampingan (75.3%) manakala yang terendah adalah untuk kontraindikasi (9.3%). Peratusan tertinggi bagi jawapan betul bagi vaksinasi pneumokokal adalah untuk kesan sampingan (69.1%) manakala yang terendah adalah untuk indikasi kumpulan sasaran (6.2%). Kebanyakan peserta percaya bahawa vaksin pneumokokal dan influenza adalah selamat (92.8 & 99%) dan berfaedah (89.7 & 93.8%). Kos vaksin untuk influenza dan pneumokokal (94.8 & 96.9%) dan ketiadaan bekalan (86.6 & 89.7) adalah halangan utama untuk penggunaanya. Doktor penjagaan primer di sektor awam memiliki pengetahuan secara sederhana tentang kedua-dua vaksinasi untuk pesakit dewasa. Adalah dicadangkan supaya kekurangan pengetahuan yang telah dikenalpasti diatasi dengan penambahan ilmu dan halangan perlu diatasi supaya rawatan kesihatan yang lebih komprehensif dapat disampaikan kepada penduduk Malaysia yang semakin berumur.

Abstract

Adult influenza and pneumococcal vaccinations are grossly underutilized although
there  is clear  benefit  in reducing  mortality  and  morbidity  among  those  at risk. The aim of the study was to assess primary care physician’s knowledge on adult influenza and pneumococcal vaccinations, their beliefs and barriers to vaccination. A cross-sectional  study  using  self-administered  questionnaires  was  conducted at eight primary  care  centres  in Kuching,  Sarawak.  A total of 108  primary  care physicians participated in this study.  Median age of participants was 29 years (IQR
4.0). The median  knowledge score  for influenza vaccine  was 9 (IQR 3) and  for pneumococcal vaccine was 8 (IQR 4). Female participants scored higher compared to their male  counterparts for influenza and  pneumococcal vaccines  (P = 0.005
& 0.007). The highest  percentage of correct  responses  for influenza vaccination was  for  side  effects  (75.3%)  while  the  lowest  was  for  contraindications (9.3%). The highest  percentage of correct  responses  for pneumococcal vaccination was for side effects (69.1%) while  the lowest  was for advocated target groups (6.2%). Most participants believed  that pneumococcal and  influenza vaccines  were  safe (92.8 & 99%) and  beneficial for patients  (89.7 & 93.8%). Cost of influenza and pneumococcal vaccines  (94.8% & 96.9%) and their availability  (86.6% & 89.7%) were the main barriers to prescribing  them. Primary care physicians  in the public sector have moderate knowledge of both adult vaccinations. Areas of knowledge paucity and barriers need to be addressed to ensure a more comprehensive health care delivery to the aging Malaysian population.