Share |

Factor Structure of The Malay-Version Generalized Anxiety Disorder-7 (GAD-7) Questionnaire among Patients with Diabetes Mellitus

Original article

Abstrak

Soal-selidik Kecelaruan Keresahan Menyeluruh-7 (GAD-7) versi Bahasa Melayu telah menunjukkan kesahan bersamaan, iaitu kepekaan dan kekhususan yang tinggi sebagai alat saringan untuk keresahan. Namun, ciri-ciri psikometriknya dari segi kesahan faktor belum lagi dikaji dengan lebih lanjut. Kajian ini memeriksa struktur faktor GAD-7 versi Bahasa Melayu di antara 300 orang pesakit luar kencing manis (purata umur: 60.4 tahun, sisihan piawai: 13.4 tahun; 52.7% lelaki) di sebuah hospital universiti di Kuala Lumpur, Malaysia. Peserta kajian mengisi soal-soal selidik tentang maklumat sosiodemografik, GAD-7, Inventori Kemurungan Beck (BDI), dan WHOQOL-BREF. GAD-7 versi Bahasa Melayu menunjukkan konsistensi dalaman yang baik (Alfa Cronbach=0.91) dan kesahan konvergen yang tinggi dengan kemurungan (R Pearson=0.642, p<0.001), persepsi kualiti hidup keseluruhan (R=-0.277, p<0.001), dan persepsi kesihatan keseluruhan (R=-0.257, p<0.001). Dalam analisis faktor eksploratori, hanya ada satu komponen dengan eigenvalue >1 (eigenvalue=4.614), mencadangkan struktur faktor satu dimensi. Analisis faktor konfirmatori dilakukan dengan meletakkan loading kesemua tujuh item ke satu faktor (keresahan menyeluruh). Model ini tidak begitu bersesuaian dengan data. Setelah memeriksa indeks modifikasi, model ini diubahsuai spesifikasinya supaya terma-terma kesilapan item 1 dan 2, serta 2 dan 3, berubah bersama. Model yang telah diubahsuai ini lebih bersesuaian dengan data (χ2=35.216, df=12, p<0.001, CFI=0.98, TLI=0.97, RMSEA=0.08, and AIC=67.22). Hasil kajian ini mencadangkan bahawa item 1, 2 dan 3 GAD-7 mungkin berkongsi varians unik yang tidak dapat dijelaskan oleh faktor keresahan menyeluruh sahaja. Secara keseluruhan, kajian ini menunjukkan bahawa GAD-7 versi Bahasa Melayu merupakan satu alat pengukuran gejala keresahan menyeluruh yang sah.

Abstract

The Malay-version Generalised Anxiety Disorder-7 (GAD-7) questionnaire previously demonstrated good concurrent validity, i.e. sensitivity and specificity as a screening instrument for anxiety. However, its psychometric properties on factorial validity had not been further investigated. This study investigated the factor structure of the Malay-version GAD-7 in among 300 diabetic outpatients (mean age: 60.4 years, SD: 13.4 years; 52.7% male) in a Malaysian university hospital in Kuala Lumpur. Study participants completed questionnaires on sociodemographic information, the GAD-7, the Beck’s Depression Inventory (BDI), and the WHOQOL-BREF instrument. The Malay-version GAD-7 displayed good internal consistency (Cronbach’s α=0.91) and satisfactory convergent validity with depression (Pearson’s R=0.642, p<0.001), overall perceptions of QOL (R=-0.277, p<0.001) and health (R=-0.257, p<0.001). In exploratory factor analysis, there was only one component with an eigenvalue >1 (eigenvalue=4.614), suggesting a unidimensional factor structure. All seven items were loaded on a higher-order factor (‘generalized anxiety’) in confirmatory factor analysis. This model did not have a good fit with the data. After examining the modification indices, the model was respecified to allow covariance of the error terms of items 1 and 2, and 2 and 3. The respecified model appeared to fit the data better (χ2=35.216, df=12, p<0.001, CFI=0.98, TLI=0.97, RMSEA=0.08, and AIC=67.22). The findings suggested that items 1, 2 and 3 of GAD-7 may share distinctive variance out of that explained by the ‘generalized anxiety’ factor. Overall, the Malay-version GAD-7 appeared to be a valid measurement of the symptoms of anxiety in this study.