Share |

E-Cigarette Use, Its Impact on Tobacco Smoking and the Intention to Quit

Original article

Abstrak

E-rokok telah mendapat populariti di serata dunia. Oleh kerana penggunaanya mendedahkan risiko kesihatan kepada pengguna, adalah penting untuk menilai niat mereka untuk berhenti dari tabiat ini. Kajian ini bertujuan untuk menentukan ciri-ciri penggunaan e-rokok, kesannya terhadap rokok dan niat pengguna untuk berhenti e-rokok dan rokok. Sejumlah 377 pengguna e-rokok telah direkrut dari 3 kedai vape di Bandar Baru Bangi, Selangor. Corak penggunaan e-rokok, penggunaan rokok tembakau dan niat mereka untuk berhenti di nilai dengan menggunakan borang soal selidik yang diisi oleh peserta. Kebanyakan (70%) peserta adalah pengguna e-rokok sahaja manakala 30% adalah pengguna dual (rokok tembakau dan e-rokok). Tempoh median penggunaan e-rokok adalah 2 (IQR 2) tahun. Hampir semua peserta (98.4%) menggunakan e-rokok generasi ketiga dan nikotin 6 mg merupakan kepekatan yang paling digemari (63.7%). Sekitar 92% peserta, terutamanya perokok berat dapat mengurangkan bilangan rokok tembakau selepas memulakan e-rokok. Majoriti (79.6%) pengguna dual  juga mempunyai pengurangan penggunaan rokok tembakau dengan penggunaan semasa median sebanyak 5 (IQR 5.0) rokok sehari. Kebanyakan (87%) pengguna e-rokok berhasrat untuk berhenti tabiat itu suatu hari nanti, namun kebanyakan (63.1%) mereka berada di peringkat pra-kontemplasi. Pengguna e-rokok yang kurang dari 2 tahun lebih cenderung untuk berhenti tabiat ini berbanding dengan pengguna yang lebih 2 tahun (p = 0.005). Kesimpulannya, terdapat lebih banyak pengguna e-rokok sahaja daripada pengguna dual. Penggunaan e-rokok boleh mengurangkan bilangan rokok terutamanya di kalangan perokok berat. Kebanyakan pengguna e-rokok mempunyai niat untuk berhenti tabiat ini tetapi tidak dalam masa terdekat dan penggunaan e-rokok yang lebih lama mungkin menghalang niat mereka untuk berhenti. 

Abstract

E-cigarettes have rapidly gained worldwide popularity. Since its use still poses a health risk to the users, it is important to assess their intention to quit this habit. This study aimed to determine the characteristics of e-cigarette use, its effect on cigarette smoking and users’ intention to quit vaping and smoking. A total of 377 e-cigarette users were recruited from three vape retail stores in Bandar Baru Bangi, Selangor. E-cigarette usage pattern, tobacco cigarette consumption and their intention to quit were assessed using a self-administered questionnaire. Most (70%) participants were e-cigarettes only users while 30% were dual users. The median duration of e-cigarette use was 2 (IQR 2) years. Almost all (98.4%) participants used third-generation devices and majority (63.7%) preferred liquid containing 6mg nicotine. About 92% participants, especially heavy smokers, smoked fewer tobacco cigarettes after initiating e-cigarette. Majority (79.6%) of dual users also had reduction in tobacco cigarette consumption with a median current consumption of 5 (IQR 5.0) cigarettes per day. Most (87%) e-cigarette users intend to quit the habit someday. However, many (63.1%) were in the pre-contemplation stage. E-cigarette users of less than 2 years duration tend to have the intention to quit compared to users of more than 2 years (p=0.005). In conclusion, there was more e-cigarette only users than the dual users. E-cigarette use could significantly reduce tobacco smoking, especially among heavy smokers. Most e-cigarette users had the intention to quit vaping but not in the near future and longer e-cigarette use may deter their intention to quit.