Share |

Assessment of Patient Satisfaction with the Preoperative Anaesthetic Evaluation

Original article

Abstrak

Penilaian anestetik pra-operasi adalah penting semasa penjagaan perioperatif. Matlamat utama kajian ini adalah untuk menilai tahap kepuasaan pesakit dan faktor-faktor yang mempengaruhi kepuasaan pesakit terhadap klinik pra-anestetik. Sejumlah 304 orang pesakit yang menghadiri klinik pra-anestetik telah terlibat dalam kajian ini. Kajian kepuasaan selidik dwibahasa (Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu) dengan berjumlah 18 soalan menguji faktor-faktor bukan penyedia (kemudahan klinik, kesesuaian masa menunggu) dan faktor-faktor penyedia (perkhidmatan doktor, pegawai kaunter, jururawat dan kakitangan sokongan) telah dikaji. Kajian kepuasaan selidik menggunakan format skala Likert lima mata skor sangat setuju/tidak setuju telah digunakan untuk menilai tahap kepuasaan pesakit. Secara keseluruhan, peratusan kepuasaan pesakit terhadap penilaian pra-anestetik dilaporkan sebagai 98.7% dengan skor purata untuk perkhidmatan doktor (4.49 + 0.60), pegawai kaunter (4.48 + 0.61), kakitangan sokongan (4.47 + 0.62), kemudahan klinik dan kesesuaian masa menunggu (4.40 + 0.62). Semua faktor-faktor yang dikaji menunjukkan hubungan yang signifikan (p<0.001) dengan kepuasaan pesakit dan kesesuaian masa menunggu pesakit telah dibuktikan sebagai peramal bebas yang mempengaruhi tahap kepuasan pesakit. Majoriti pesakit adalah berpuas hati dengan penilaian pra-operasi di klink pra-anestetik dan kedua-dua faktor penyedia dan bukan penyedia menunjukkan impak yang penting mempengaruhi kepuasan pesakit.

Abstract

Preoperative anaesthetic evaluation is important in the perioperative care. The aim of the study was to evaluate the level of satisfaction and factors affecting patient satisfaction in the preanaesthetic clinic (PAC). A total of 304 patients who attended PAC for preoperative evaluation were recruited into this study. A bilanguage validated Patient Satisfaction Survey in English and Bahasa Malaysia with total questions of 18 examining non-provider factors (NPF) (facilities and appropriateness of waiting time) and provider factors (PF) (doctor, counter services, nurses and supporting staff) were utilized. The survey form was graded in a strongly agree/ disagree five-point Likert scale format for patients’ level of satisfaction. Overall satisfaction of preoperative evaluation was reported as 98.7% with mean scores from doctor (4.49 + 0.60), counter service (4.48 + 0.61), support staff (4.47 + 0.62) and the NPF (4.40 + 0.62), respectively. All factors were found to be significantly correlated with the overall patients’ satisfaction (p<0.001) and waiting time shown to be the independent predictor affecting the level of satisfaction. Overall majority of the patients were satisfied with the preoperative evaluation provided at PAC and both non-provider and provider factors were shown to have a significant impact on patient satisfaction.